in ,

Keunikan B-Boy Dalam Sukan SEA

Sumber gambar: bharian.com.my

Biasa dengar tak tentang B-boy? Ala, yang breakdance dan buat banyak freestyle dance juga itu lah! Biasanya, kita selalu dengar kalau B-boy sahaja mesti akan masuk pertandingan menari saja kan, betul tak? Tapi korang tahu tak yang baru-baru ini yang B-boy punya pertandingan ini dah masuk level sukan Southeast Asian Games (SEA). Ya, yang mana pertandingan ini sudah dikira sebagai salah satu sukan. Menarik bukan? Sebab biasanya kita selalu dengar yang pertandingan yang libatkan menari ini lebih kepada art sahaja. Walhal, dalam sukan pun sebenarnya ada sedikit sebanyak seni tau! Hehe!

Sumber gambar: Bharian

Untuk pengetahuan korang semua, sebenarnya sukan tarian break dance ini dah lama dipertandingkan di sukan SEA di Manila sejak tahun 2005 lagi. Cuma mungkin tidak ramai yang tahu dan ambil tahu dek kerana pandangan stereotaip masyarakat terhadap minat orang dalam sukan tarian ini. Padahal, sukan tarian ini sebenarnya bukan setakat menyeronokkan sahaja, tetapi ia juga menyihatkan badan korang kerana kalori yang dibakar sewaktu menari lebih banyak daripada korang buat sukan yang biasa sahaja.

Sumber gambar: stadium astro

Baru-baru ini, korang tahu tak yang ada wakil negara kita telah mencipta sejarah sebab dia menang pingat emas kedua pada awal Disember hari itu di Filipina. Woah! Tahniah untuk wakil Malaysia iaitu Sam Jee Lek atau lebih dikenali sebagai Lego Sam. Kalau korang nak tahu, dia juga adalah wakil pertama dalam negara yang menang pingat ini tau!  Dengan 12 mata maksimum setelah mengatasi semua pencabarnya dalam sukan tarian itu.

Sukan remaja: remaja

Jadi, antara harapan yang paling diharapkan oleh wakil negara kita yang telah memenangi sukan B-boy dalam sukan SEA ini ialah supaya ramai masyarakat yang lebih terbuka dengan sukan tarian ini. Kiranya, tak perlu ada stereotaip yang negatif terhadap mereka sebab iyalah mereka pun adalah salah satu harapan negara, betul tak? Sebelum ini kan kebanyakannya yang anggap B-boy ini budak-budak ‘nakal’, padahal mereka tak nakal pun sebab semua orang ada nakal masing-masing yang mana semua orang pernah nakal pada waktu kecil. 

Sumber gambar: the star

Selepas ini, bolehlah kita ramai-ramai sokong sukan tarian B-boy ini sebab ia sudah diangkat di sukan peringkat kebangsaan. Eh! Tak akan korang tak bangga kut! Dan rasanya, banyak lagi sukan yang perlu diangkat di peringkat kebangsaan seperti E-Sports dan lain-lain. Iyalah, bukan bermakna kita perlu fokus sukan yang sudah sedia ada dan tradisional sahaja tetapi apa kata kita beri peluang kepada sukan-sukan yang baru ini untuk lebih menyerlah pula, betul tak? Hehe! 

via GIPHY

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Idea Posing Luar Biasa Dengan Squad

Girlfriend Clingy, Boys Okay Ke Tak?