in ,

Ketiak Selalu Basah.. Macam Mana Ni!

Sumber Gambar: http://time.com

Ada orang kena lari satu padang baru keluar peluh, ada orang pula makan pedas peluh keluar macam baru lepas bersukan! Haha! #Lunagirls dalam ketegori mana? Secara umumnya manusia mempunyai antara dua ke lima juta kelenjar peluh di seluruh badan dan kebanyakannya berada di tapak tangan dan kaki! Kalau dekat sekolah, waktu pagi semua bau wangi tapi bila sampai tengahari… jeng jeng jeng! Hihi! Berpeluh ni normal girls.. Jom LUNARIA kongsikan tips untuk kurangkan peluh!

GUNA DEODORANT WAKTU MALAM 

Sumber Gambar: http://www.herworld.co.id

Ada antara #Lunagirls pakai deodorant sebelum tidur, angkat tangan? Yay! Satu langkah yang bagus! Kalau korang nak tahu, pakai deodorant pada waktu malam ni dapat mengatasi masalah peluh di siang hari! Sebab kandungan deodorant pada waktu malam akan cepat meresap dalam badan untuk menghalang peluh keluar secara berlebihan tau..

ELAK MAKAN PEDAS 

via GIPHY

#Lunagirls suka makan pedas? Haa, jaga-jaga.. Makanan yang pedas dan mempunyai rasa yang kuat seperti bawang amat mempengaruhi bau badan kita tau! Jadi untuk elakkan badan kuat berpeluh, kita kena kurangkan pengambilan makanan seperti itu! Boleh je nak makan sekali sekalai.. tapi pastikan dekat tempat yang kurang panas so nanti tak berpeluh sangat!

PAKAI BAJU COTTON 

Sumber Gambar: https://www.freepik.com

Sebelum ni LUNARIA ada share pakai baju kain cotton sangat bagus untuk pelbagai jenis aktiviti! Sebab baju baju cotton bersifat “breathable”..  ia boleh menyerap peluh dan badan #Lunagirls tidak mudah rasa panas! Dan korang akan lebih selesa tau memakai cotton!

STRESS 

via GIPHY

Ha! Siapa yang selalu stress sampai kerut-kerut dahi? Badan korang akan mudah mengeluarkan peluh lagi kerap tau! Kita kan muda lagi.. tak elok sebenarnya kalau selalu stress dan kerut dahi ni.. Korang kenalah belajar tenangkan diri dan belajar untuk menyelesaikannya sebaik mungkin okay?

Kadang bila berpeluh banyak sangat ni, kita akan jadi rimas untuk melakukan aktitviti dekat sekolah.. Lebih lagi nak lepak dengan kawan-kawan! #lunagirls boleh cuba try test dulu tips and tricks daripada LUNARIA ni okay? Selamat berjaya!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Parents Nak Follow Social Media? Approve Ke Tak?

Confuse! Nak Beli Phone Baru Ke Second Hand Je?