in , ,

Ketiak Kepam? Cuba Deodorant Ni..

Sumber Gambar: https://www.pinterest.com

WEH! Kenapa ketiak awak bau kuat sangat ni! Tak pakai deodorant ke? Euwww..

Mesti tak selesakan bila kawan tegur bau badan kita.. lebih lagi bau ketiak! Alamak! Tak semua orang sesuai dengan jenis deodorant yang di jual.. Ada yang pakai bedak je pun ketiak dia dah wangi! Lagi pun girls, ada sesetengah jenis deodorant tidak sesuai dengan sesiapa yang alami kulit sensitif sebab ada banyak bahan campuran! Apa kata kita buat deodorant dari bahan semula jadi girl? Ha! Meh Ummi nak tunjuk macam mana.. Psst, cara ni lebih jimat tau! Hihi!

LEMON

via GIPHY

Selain sedap buat air lemonade, lemon mempunyai antiseptic yang boleh memutihkan ketiak tau girls! Dan ia sangat membantu untuk menghilangkan bau, menghapuskan sel-sel kulit mati yang terperangkap di ketiak kita juga.. Hihi! Caranya mudah je, #Lunagirls hanya perlu potong nipis buah lemon itu dan terus je gosok-gosok bahagian ketiak! Tapi buat secara perlahan je okay..

SODA BICARBONATE DAN TEPUNG JAGUNG

Sumber Gambar: https://ramesia.com

Kedua bahan ini sangat bagus untuk menghilangkan bau badan yang kuat tanpa melukakan ketiak! Apa yang korang perlu buat ialah dengan mencampurkan kedua-dua bahan ini dan letak sedikit air.. lepas tu terus letak di ketiak kita! Senang je kan! Bukan setakat menghilangkan bau, tapi ia juga dapat mencegah peluh yang banyak.. Rajin-rajin buat seminggu dua kali okay girls?

TOMATO

via GIPHY

Eh! Banyak tau manfaat tomato ini, ia macam 2 in 1. Selain membantu untuk mengurangkan peluh, ia juga menghilangkan bau badan dan boleh memutihkan! Rasa macam lagi syok pakai tomato kan girls? Tak perlu susah nak campur banyak bahan lain! Boleh juga elak kulit kering dan gatal.. Dan yang penting, boleh berjimat! Hihi..

MINYAK KELAPA

Sumber Gambar: http://wartakota.tribunnews.com

Buah kelapa memang unik! Bukan setakat menghilangkan dahaga, esktrak minyak
kelapa pun berguna untuk kesihatan badan tau, lebih lagi untuk kulit kita! Tapi #Lunagirls kenalah rajin sapu dekat muka! Bau badan pun tiada masalah lagi, calit je minyak kelapa dekat bahagian ketiak tu, settle! Haha!

Setiap orang akan alami situasi ni.. Boleh disebabkan oleh keturunan atau salah pakai produk! Jadi apa yang kita boleh buat adalah jauhkan ketiak kita dari bahan chemical, gantikannya dengan bahan semula jadi yang dapat bantu menyegarkan kulit kita okay? Selamat mencuba girls!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Takut IC Hilang? Simpan Sendiri Atau Bagi Parents?

Cuba Guna Kamera Ni Kalau Nak Jadi Instafamous!! 😎