in ,

Ketiak Gatal Lepas Pakai Deodorant, Ini Puncanya…

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Anis, cover tepi aku kejap… Aku nak garu ketiak, gatal sangat ni tak tahan rasa gatalnya…

Saat yang paling kita benci ialah apabila ketiak rasa gatal waktu dekat tempat awam. Ketiak ialah bahagian badan yang paling aktif mengeluarkan peluh. Sebab itulah kenapa ketiak mudah rasa gatal disebabkan peluh. At the same time, pemakaian deodorant yang salah juga boleh menyebabkan kegatalan.

Bukan itu sahaja, kalau korang sentiasa rasa gatal dekat ketiak, mungkin dibawah ini merupakan puncanya perkara tersebut terjadi terutamanya selepas memakai deodorant

PAKAI PADA WAKTU SALAH

via GIPHY

Lepas habis mandi terus pakai deodorant, sebab apa? Sebab tak nak ketiak berbau sepanjang hari walaupun pada ketika itu ketiak masih lagi dalam keadaan basah. Sebenarnya korang kena pastikan ketiak dalam keadaan kering terlebih dahulu sebelum memakai deodorant. Sekiranya deodorant dipakai ketika ketiak masih lagi basah atau lembab, kemungkinan ketiak korang akan rasa gatal. Bukan itu sahaja, ketiak juga akan menjadi kering dan kemerah-merahan sepanjang hari.

DEODORANT YANG SALAH

Myro Plant-Based Sustainable Vegan Deodorant | HYPEBAE
Sumber gambar: Hypebae

Di kedai ada bermacam-macam jenis deodorant dijual, daripada jenis cecair sehinggalah jenis spray sahaja. Fungsi deodorant juga untuk melawan sebarang bakteria yang menyebabkan bau badan. Kita digalakkan untuk memilih deodorant yang mengandungi bahan anti perspirant yang mana diketahui mampu untuk neutral kan ketiak serta mengurangkan bau peluh. So make sure jangan pilih deodorant hanya kerana bau yang wangi sahaja sebab deodorant yang mempunyai pewangi tambahan seperti alkohol akan menyebabkan rasa gatal.

PAKAI DEODORANT SELEPAS BERCUKUR

Penyebab ketiak gatal - Manaberita.com
Sumber gambar: Manaberita

Ketiak yang baru sahaja dicukur akan berada dalam keadaan sensitive kerana ia baru sahaja melalui fasa ‘mandian’ daripada mata pisau cukur. Sekiranya korang terus apply deodorant di ketiak sejurus mencukur akan membuatkan ketiak mengalami iritasi. Seeloknya korang cukur bulu ketiak pada waktu malam iaitu sebelum mandi. At least kulit ketiak dapat berehat sebentar daripada deodorant .

PAKAI DEADORAN LEPAS AKTIVITI PELUH

12 Amazing Benefits of Running | Shape
Sumber gambar: Shape

Euwhh busuknya bau ketiak! Padahal bukan buat apa pun, setakat jalan kaki pergi kedai je!

Biasanya kalau ketiak dah berbau korang akan reapply semula untuk pastikan bau busuk hilang? Sekiranya ya, hentikan tabiat itu. Lebih-lebih lagi kalau selepas melakukan aktiviti sukan, jangan sesekali pakai semula deadoran kerana ia tidak akan menghilangkan pun bau yang ada. Malah bau deodorant dan bau badan yang bergabung akan membuatkan ketiak bertambah busuk!

PAKAI DEADORAN BANYAK-BANYAK

Ini Cara Pakai Deodoran yang Benar Menurut Dokter - Womantalk
Sumber gambar: Womantalk

Selagi tak tebal deodorant, selagi itulah dia akan pakai kononnya untuk pastikan bau wangi sentiasa ada di kawasan ketiak. Hakikatnya hypothesis itu langsung tidak boleh diterima kerana menggunakan deodorant yang berlebihan tidak mendatangkan manfaat pun. Tetapi sebaliknya meninggalkan bekas pada pakaian yang korang pakai. Nanti nak tanggalkan pun susah, ditambah lagi dengan ketiak yang gatal.

For those yang sentiasa mengalami kegatalan setiap kali selepas memakai deodorant, mungkin korang boleh rehatkan sekejap ketiak buat sementara waktu. Mungkin ketiak korang tak sesuai dengan deadoran yang dipakai, pilihlah deodorant yang sesuai mengikut sensitiviti badan korang. Lagi senang pakai sahaja deodorant yang diperbuat daripada garam, lagi berkesan untuk sesiapa yang mempunyai masalah ketiak berbau dan gatal.

Pssst… Jangan syok sangat garu ketiak sampai tak tengok kiri kanan ya, hehe!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Yang Sebenarnya Ambil Gambar V BTS Baru-Baru Ini?

Menstrual Cup Dikatakan Lebih Baik Daripada Pad Biasa