in ,

Ketiak Busuk, Letak Pantyliner Pun Berkesan!

Sumber gambar: hijabista.com.my

Euwhhh, muka cantik tapi sekali angkat tangan… Astagfirullahhalazim! Tercyduk orang sebelah cium bau ketiak awak yang harum umpama kasturi ituuuu…

Ya Allah! Malunya sis kalau situasi ini jadi dekat kita. Mana nak sorok muka? Orang sekeliling dah usha dengan muka kerut-kerut dah. Ketiak berbau adalah salah satu perkara yang paling memalukan seumur hidup kita tau. Lagi-lagi kalau orang sebelah sampai tahap tutup hidung sebab tak tahan dengan bau yang kita keluarkan. Tapi, since Malaysia cuacanya panas dan lembab, jalan sikit pun boleh jadi satu badan berpeluh! Takkan nak biarkan ia terus terjadi? Kami ada cara untuk korang kurangkan bau ketiak dan lecak dekat ketiak daripada terus kelihatan dekat baju, Caranya ialah dengan…

TAMPAL PANTYLINER DEKAT LENGAN BAJU

Image result for pantyliner tampal ketiak
Sumber gambar: vanillakismis

Ya, pantyliner bukan je boleh digunakan untuk girls waktu dah habis period, tapi boleh dijadikan penyelamat untuk kita! Korang yang ada pantyliner dekat dalam bilik, lekat je dekat lengan baju. Make sure pelekat itu dekat baju dan bahagian dalam akan serap segala peluh yang dikeluarkan dari ketiak. At the same time, pantyliner bukan je boleh serap peluh, tapi boleh hentikan darah tau! Let say kalau kaki korang terluka, boleh tekap pantyliner dekat kawasan luka. Selalu get ready pantyliner dekat dalam beg okay.

LEMON ATAU LIMAU KASTURI

Image result for sental lemon ketiak
Sumber gambar: siraplimau

Bukan je sedap buat air lemon, tapi boleh kurangkan bau ketiak! Bukan setakat kurangkan bau ketiak tapi boleh memutihkan juga kawasan ketiak juga! Caranya mudah je girls, korang potong lemon dan sental je dekat bahagian ketiak. Dah puas sental sampai lemon dah berkurang, korang sental pula ketiak dekat lutut. Itu bertujuan untuk hilangkan bau dekat ketiak dan jangan lupa cuci semula lutut korang ya! Takut nanti bau melekat dekat lutut pula, hehe!

DEODORAN BATU

Image result for deadoran batu
Sumber gambar: silampuneon

Korang mesti pernah tengok deodoran ini di drugstore bukan? Nampak macam tak ada function, tapi sebenarnya sangat bagus untuk ketiak korang yang berbau. Deadoran itu diperbuat daripada batu kristal yang mana dijadikan sebagai alternatif for those yang tak suka pakai deadoran yang ada bahan kimia atau berbau wangi. Pakai macam guna deadoran biasa je, tak perlu nak ‘cicah’ dengan air atau apa pun.

BEDAK BABY

Image result for baby talcum gif

Tak kisah bedak baby jenis apa pun, pakai je tak kisah. Asalkan ia ialah bedak baby. Bedak baby boleh buat ketiak korang berbau wangi sebab bedak itu sendiri dah memang berbau wangi. Once korang rasa peluh dekat ketiak, sapu je bedak dekat ketiak. Tapi before sapu bedak, lap dulu dengan kain atau tisu basah supaya kebasahan dapat dibuang terlebih dahulu. After that, korang sapu terus bedak baby. Confirm bau wangi sampai ke petang! Kalau dah kurang bau, tambah sikit bedak. Peluh pun akan berkurangan, mesti korang suka!

Lepas ini tak ada la masalah ketiak berbau atau berkerak! Pegang pemegang dekat MRT pun dah tak rasa malu-malu kalau orang sebelah cium bau ketiak. Warna ketiak pun dah mula cerah semula tau, yass!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mak Ayah Kejut Bangun Tidur, Korang Kena Yang Mana Satu?

Idea Ambil Gambar Dengan Squad Waktu Cuti!