in ,

Ketepikan Game Online, Jom Main Game ‘Manual’

Sumber gambar: www.bustle.com

Nak main game tapi internet lambat pula, asyik mengadap phone pun penat juga ni. Nak main game apa yang dengan family waktu-waktu macam ni? Hmmm

Hai korang! Baru hari ke-17, korang dah tak ada idea nak main game apa sepanjang RMO? Tak dinafikan, dekat internet atau apps dalam phone memang ada bermacam-macam jenis game online. Tapi sekali sekala nak juga rehatkan mata sekejap daripada mengadap phone je betul tak? Nak main game tradisional, mana pula nak cari congkak, batu seremban? Nanti keluar rumah kutip batu takut pula kena marah dengan mak.

Why not kita cuba buat aktiviti games dalam rumah pula. Banyak tau game dalam rumah yang korang boleh main dengan family. Di bawah LUNARIA ada cadangkan beberapa game untuk korang, jom check it out geng!

GAME ABC

My Personal Space: Jom main nama negeri
Sumber gambar: Baliklah

Siapa pernah main game ini dekat sekolah waktu cikgu tak masuk kelas memang legend! Dahlah kena fikir nama orang yang start dengan huruf yang dipilih, then nama haiwan atau benda, after that nama negeri atau negara. Buatnya dapat huruf Q, negara apa yang bermula dengan huruf Q? Haha! Waktu inilah boleh asah minda korang satu keluarga. Kalau dapat huruf A, senang. Boleh leetak nama Aman Ra, haiwan Arnab, negara Arab Saudi dan lain-lain. Ehemm, takut korang pula yang kalah dengan parents, boleh jadi mereka lagi power daripada korang.

GAME BINGO

BLOCK|the|BLOG: Satu buku penuh games!
Sumber gambar: Nadhanis

korang boleh cuba main BINGO, game ini lagi cool! Tak payah susah-susah, korang susun je nombor ikut suka hati. Kalau nak senang, ambil je buku sekolah Matematik yang dah lama tak pakai, dah siap ada kotak-kotak pun. Tulis je nombor daripada 1 sehingga 25, so maksudnya kena ada lima garis. Mesti pernah main dulu kan? Cuma korang tak perlu lukis kotak atau tulis nombor je. Cuma make sure jangan susun nombor ikut turutan, biar bersepah dan kena ada strategi ya. Main Bingo kena pantas sebab kalau lambat, kalah korang nanti. Bila dah complete semua huruf BINGO dah ditanda, maksudnya korang menang!

GAME TEKA TEKI

INILAH 50 TEKA-TEKI DENGAN JAWAPAN YANG LOGIK! No 22 Serius Lawak ...
Sumber gambar: Zonaberitaokeviral

Teka-teki pun best jugak tau. Bagi je apa-apa teka-teki tak kisah masuk akal atau tak masuk akal, asalkan teka-teki. Siapa yang tak dapat teka, buat denda sikit, baru mencabar sikit. Kita buat lain daripada yang lain kali ini. Korang buat dua kumpulan, then satu kumpulan bagi teka-teki dan satu kumpulan lagi kena jawab. Let say kumpulan yang tak dapat teka, kita denda! Jangan bagi denda biasa-biasa, kali denda dahsyat sikit, hehe! Contohnya denda bagi minum air campuran kicap dan sos ke, air garam campur kunyit or anything, asalkan tak mencederakan sesiapa. Tapi kalau tak sampai hati, boleh buat denda jalan itik ke, lompat bintang atau apa sahaja.

GAME EXPLORE RACE

Explorace Antara Larian dan Tugasan - AsiaCamp
Sumber gambar: Asiagame

Dulu waktu kecil-kecil Ainaa selalu main explorace dengan sepupu-sepupu. Lagi ramai, lagi best dan mencabar tau. Cuma kali ini kena ada seorang yang kena sediakan explore race dan bahagikan kepada dua kumpulan. Terpulang korang nak sorok petunjuk dekat mana-mana, asalkan dalam kawasan rumah sahaja. Tapi kalau rasa susah nak buat seorang, buat berdua so that cepat sikit korang boleh mulakan game. Kalau dulu Ainaa biasa letak petunjuk dekat belakang peti ais, bawah karpet, belakang langsir atau dekat dalam almari kasut! Baru mencabar sikit. Nak lagi best, jadikan ibu dan bapa korang sebagai ketua kumpulan. Dekat situ nanti mereka berdua akan berusaha untuk lawan antara satu sama lain! Jangan sampai ada yang bergaduh pula ya, haha!

Sekali sekala kita main semula game manual ini daripada asyik main online games je. Harapnya ada idea baru untuk korang spend time dengan family nanti. Kalau korang dah main game ini, jangan lupa mention LUNARIA di social media tau!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Free Show Oleh Artis Luar Khas Untuk Fans #DudukRumah

Filem² Indonesia Best Untuk Korang Layan