in ,

Ketahui Personaliti Diri Daripada Cara Berjalan

Sumber gambar: Instagarm @nurinafiqaaah / Instagram @Ikmalamry

Betul ke cara jalan ni menunjukka personaliti diri kita? Tapi takkan melalui cara jalan pun dah boleh tahu semuanya?

Iya betul tu girls, sebenarnya apa yang kita tunjukkan selama ini menggambarkan perilaku diri seseorang itu. Bukan hanya dapat tahu melalui cara kita bercakap, cara gelak atau cara berpakaian. Tetapi ia juga akan dapat diketahui melalui cara berjalan. Korang tahu tak macam mana cara korang berjalan? Cara berjalan juga dapat menilai personaliti diri seseorang itu. Jom kita tengok apa maksud sebalik cara berjalan ni?

SAMBIL JALAN TENGOK KIRI KANAN

Sumber gambar: Instagram @Sharifahrose

Tak ada kereta nak lalu pun, tapi korang punya berjalan tu setiap masa nak tengok kiri kanan. Sebenarnya orang yang berjalan sambil toleh ke krii dan ke kanan ni merupakan seorang yang pandai menyimpan rahsia. Dia juga dikatakan sebagai seorang yang sangat berhati-hati walaupun ada yang menganggap dia sebagai seorang yang clumsy.

JALAN TAK PIJAK TANAH

Sumber gambar: Instagram @Syafiqkylez

Eh tak pijak tanah tu maksudnya terbang ke? Ha, bukan terbang macam Hantu Kak Limah tu tau. Tapi jalan seakan-akan terjengkit-jengkit. Orang yang macam ni kadang-kadang tanpa sedar dia sering menyinggung perasaan orang lain ketika sedang berbual dengan teman rapat. At the same time, dia juga seorang yang ego dan sukar untuk mengalah. Ya, banyak sikap negative disebalik personaliti orang yang jalan tak pijak tanah ni. Nak tahu lagi ke? Korang ni juga seorang yang boros dan kalau bab membeli tu, terus je beli apa-apa yang digemari tanpa berfikir panjang. Mungkin sikap negative tu boleh dibuang dalam diri walaupun korang ni jenis berjalan tak pijak tanah kan? Jangan biarkan sikap negative tu menjadi punca untuk orang lain menjauhkan diri daripada korang.

JALAN BADAN TEGAK

Sumber gambar: Instagram @Aedyxashraf

Amboi, tu nak berjalan ke nak berkawad? Orang yang macam ni sebenarnya seorang yang tegas dalam menentukan sesuatu perkara. Kalau bab urusan peribadi dia agak sensitive kalau ada sesiapa yang cuba untuk masuk campur dalam hal dia. Bukan setakat tu je, dia juga seorang yang bertanggungjawab, serius, dan memiliki pendirian yang teguh. Ni mesti kalau ada adik, habis semua adik-adik dia kena marah je hari-hari.

BERJALAN SEPERTI ZIRAFAH

Sumber gambar: Instgaram @Tyrakmrzmn

Alamak! Zirafah jalan macam mana ya?

Kalau korang nak tahu, berjalan macam zirafah ni ialah bila seseorang tu berjalan dan badannya bergerak ke hadapan dan kebelakang. Boleh imagine tak macam mana? Maksudnya dia seorang yang berhati lembut dan agak kemah. Dia sangat cepat terasa dan mudah tersingguh serta merajuk tak tentu pasal. Susah pula kawan-kawan nak kena selalu jaga hati dia sebab taknak dia cepat terasa. At the same time, dia juga mudah untuk mengalirkan air mata tanpa sebab. Susah juga kalau macam ni, tengah main game pun boleh menangis juga.

JALAN MENUNDUK

Sumber gambar: Instagram @Nurinafiqah

Hmm kalau korang jenis berjalan sambil menunduk ke bawah, korang kena ubah sikit personaliti diri tu. Bukan apa, takkan la korang hanya nak bergaul dengan orang yang dikenali sahaja? Taknak kenal dengan orang baru ke? Orang yang macam ni agak susah untuk ambil hatinya sebab dia seorang yang berfikiran tertutup serta sikapnya agak dingin. Kalau bab bercinta tu memang dia taknak ambil tahu pun, cuma kalau bila dah bercinta tu dia akan menjadi seorang yang setia.

Tak semestinya semua ni betul 100% sebab boleh jadi hanya kebetulan terjadi pada diri korang sendiri. Kalau ada sifat negative tu, kita kurangkan okay.

What do you think?

-7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Try Tips Bergambar Cara Syafiqah Aina

Aktiviti Mudah Dalam Rumah Rupanya Salah Satu Senaman #ZoExercise