in ,

Kesilapan Biasa Kita Buat Semasa Raya

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Yeahh Hari Raya! Tak sabarnya nak pergi beraya, salam pakcik makcik tunggu giliran nak dapatkan duit raya, makan banyak-banyak yeah!

Amboi seronok ya kita semua bila nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Maklum la lepas sebulan berpuasa, ini la saatnya untuk kita meraikan kemenangan. Cumanya tahun ni kita beraya dengan penuh kesederhanaan tak seperti tahun yang sebelumnya. Dalam kita bergembira, jangan sampai kita terleka.

Dalam seronok beraya, sampai terlepas pandang ada kesalahan yang kita lakukan tanpa disedari. Nampak macam remeh tapi sebenarnya kalau diamalkan selalu akan membuka ruang seterusnya mengundang kepada dosa. Jom kita tengok apa agaknya kesilapan yang sering kita lakukan pada Hari Raya.

TAK MENJAGA AURAT

 

Abu Anas Madani: BATAS-BATAS AURAT & MAHRAM DALAM ISLAM
Sumber gambar: abuanasmadani

Biasa la kalau dapat berkumpul ramai-ramai tu mesti banyak benda nak diceritakan kepada semua saudara-mara lagi-lagi sepupu rapat tu confirm tak habis gosip korang. Tapi jangan sampai lupa nak menjaga aurat antara satu sama lain ketika berada di rumah atau pun di kampung. Contohnya aurat kita bersama dengan sepupu lelaki, abang ipar atau saudara berlainan jantina yang lain. Let say kalau setiap kali balik kampung tu korang memang akan tidur dekat ruang luar, jangan lupa jaga aurat korang tu dan kalau boleh cari port paling hujung sekali supaya korang tak rasa segan.

SENTUHAN

Biasa kalau dah pagi raya ni kita paling excited nak bersalaman. Maklum la, masing-masing nak kutip duit raya kan. Tapi jangan sampai terlupa siapa yang korang boleh dan tidak boleh salam. Tapi, untuk bab sentuhan ni, terdapat banyak pendapat para ulama, tapi untuk memudahkan diri kita sendiri, seeloknya kita jauhi terus perkara ini supaya memudahkan semua orang. Ada certain orang tak kisah nak bersalaman walaupun berlainan jantina, ada juga yang sangat mementingkan isu bersentuhan ni. So, kita kena la hormati pendirian masing-masing okay.

PAKAIAN

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya πŸ’—

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Dah nama pun raya, mesti la nak cantik-cantik kan? Siapa je yang taknak nampak cantik di Hari Raya kan? Tapi jangan sampai berlebihan okay. Make sure pakaian tidak mendedahkan susuk tubuh dan tidak mencolok mata sekrianya korang jalan di hadapan orang ramai. Takut pula nanti mendatangkan fitnah pada mata yang memandang walaupun kadang-kadang bila kita berpakaian menutup aurat pun orang akan pandang juga. Itu bukan masalah kita, tetapi masalah pada mata yang memandang tu.

ADAB DEKAT KUBUR

Tak sengaja duduk atas kubur, Vida mohon maaf - Semasa | mStar
Sumber gambar: Instagram @datoserivida

Since tahun ni kita tak dibenarkan untuk menziarahi kawasan perkuburan, maka kesalahan ni mungkin tidak berlaku. Biasanya kalau kita berada dekat kawasan perkuburan, mesti ada rasa nak duduk kan. Elakkan daripada duduk dekat atas kubur orang lain sebab perbuatan itu menunjukkan bahawa kita tidak menghormati kawasan perkuburan. Kalau nak duduk, bawa tikar so nanti boleh la bentang tikar dekat sana, tak ada la sampai korang kena duduk sikit dekat kubur si mati.

MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

via GIPHY

Beraya ke sana ke sini, sampai terlupa nak menunaikan solat fardhu. Ini bukan sahaja kesilapan tapi mengundang kepada dosa besar kerana meninggalkan solat dengan sengaja. Korang kena bijak merancang masa untuk beraya, kalau dah nak dekat masuk waktu solat, siap siap dulu ambil wudhu terus so that nanti boleh la terus solat bila sampai ke destinasi korang. Jangan disebabkan asyik beraya, sampai terlupa nak solat ya.

TAK MENJAGA MATA

via GIPHY

Bab tak jaga mata ni tak ikut jantina ya guys, perempuan atau lelaki dua dua tak boleh nak jaga bab ni. Pantang nampak lelaki handsome lalu, terus terlupa nak makan. Yang si lelaki pula, nampak awek cun tengah makan aiskrim terus tak jadi nak bakar rokok ya. Maklum la bila raya ni semua orang pakai cantik-cantik, semua berebut nak ‘cuci mata’ ya. Sepupu korang tu pun kena juga jaga mata, takut bila nampak dia bersiap di pagi raya terus terpikat di hati pula.

Sama-sama la kita elakkan diri daripada melakukan kesilapan ni ya.

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Trend Baru Korang Patut Cuba! Virtual Photoshoot Di Rumah Sahaja!

Keburukan Tahan Bersin, Tapi Jangan Lupa Tutup Guna Tisu!