in ,

Kesan Sampingan Jika Terus Tidur Selepas Sahur

Sumber gambar: Pinterest.com

Kenyangnya perut ni. Tidur la kejap sementara tunggu waktu Subuh. Nanti pukul 6:20 baru la bangun balik untuk solat Subuh.

Siapa suka macam tu lepas sahur? Once dah kenyang, terus melompat ke katil sebab nak lelapkan mata. Silap silap boleh terlelap sampai pukul 12 tengahari kejap lagi. End up terjaga sebab dengar mak membebel suruh bangun.

Tapi kalau rasa mengantuk lepas bangun sahur tu memang perkara biasa la sebab mata masih lagi rasa berat. Dapat pula dah makan nasi waktu sahur, lagi la rasa kenyang dan mengantuk! Itu yang boleh terlajak sampai tengahari buta tu. Sebenarnya tak elok tau kalau kita selalu amalkan sikap tidur selepas sahur dan waktu Subuh ni. Dekat bawah ni Ainaa akan list sebab kenapa tak digalakkan untuk berbuat demikian.

PEDIH ULU HATI

Pedih Ulu Hati: 3 Rawatan Sakit Ulu Hati Disebabkan Acid Reflux ...
Sumber gambar: Asianparent

Selepas makan, badan kita memerlukan masa untuk dicerna. Kalau sesudah makan korang terus baring dan tidur, bila pula masanya untuk badan korang cerna makanan? Proses mencerna makanan pun akan mengalami kesukaran untuk dicerna serta mengambil masa yang lama berbanding biasa. At the same time kesannya, kita akan mengalami rasa pedih pada kawasan ulu hati serta rasa panas pada bahagian tekak. Posisi berbaring sewaktu tidur akan mengganggu proses pencernaan kita. Kesan yang akan dirasai juga ialah cirit-birit atau rasa sembelit tetapi bergantung kepada jenis makanan yang korang makan.

SAKIT KEPALA

via GIPHY

Ainaa sendiri pernah alami rasa sakit kepala tu sebab lepas habis sahur terus sambung tidur sebab mengantuk punya pasal, end up rasa sakit kepala sampai tak boleh nak tidur. Ia juga boleh membuatkan korang rasa sakit dibahagian leher sehingga mengganggu rutin harian. Kalau korang masih tetap berkeras untuk tidur, bila bangun sahaja korang akan alami rasa sakit yang melampau. Kawasan yang akan alami rasa sakit tu ialah sekitar leher, belakang kepala dan juga rasa denyutan.

STROK

Ketahui Simptom dan Tanda Awal Strok Sebelum Terlambat | Iluminasi
Sumber gambar: Iluminasi

Penyakit strok merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh ramai orang tak kisah tua atau muda. Strok juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu strok penyumbat (ischemic) dan juga strok pendarahan (hemorrhage). Sewaktu tidur, pengaliran darah ke otak akan tetep berterusan mengikut keperluan dan sewaktu perut menjalankan aktiviti pencernaan, bekalan aliran darah juga akan terbahagi kepada beberapa bahagian. Otak akan mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan strok. Berhati-hati ya guys, jangan amalkan selalu perkara ni.

PERTAMBAHAN LEMAK

Sumber gambar: Spripoteka

Ada kajian mengatakan bahawa jika seseorang itu mempunyai sejarah keturunan yang mengalami masalah kegemukan, mereka memang tidak digalakkan untuk tidur selepas sahur kerana ia akan meningkatkan risiko kegemukan sebanyak dua kali ganda. Lebih-lebih lagi sekiranya mengambil makanan berat seperti berlemak atau makanan bergoreng ketika bersahur. For those yang nak turunkan berat badan, tidur selepas sahur sangat ‘wajib’ untuk dijauhkan.

Biasanya kalau korang nak elakkan rasa mengantuk waktu lepas sahur sementara tunggu waktu SubuhΒ  tu, cuba cari satu aktiviti yang berguna. Contohnya baca buku, solat sunat, berzikir atau baca Al-Quran. Dapat la tambah panas sikit waktu pagi tu. Lagi bagus kalau korang ambil masa sekejap untuk berdoa sebelum waktu Subuh. Tenang hati mak korang tengok anaknya berubah jadi positive macam tu.

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Saya setuju..terima kasih sbb share..semoga ia dapat jadi ilmu yg bermanfaat..😊😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kafe Ala 5 Bintang, Bapa Jimin BTS Buka Kafe MAGNATE!

Target Kumpul 1 Juta, Beby Tora Terus Ubah Nasib