in ,

Kesan Jika Terlalu Paksa Diri Untuk Belajar

Sumber gambar: rencanamu.id

Masalah mental? Jadi maknanya kita orang gila ke?

Peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja kini sangat membimbangkan dan di jangka akan bertambah lagi dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Kesihatan mental merujuk kepada tindak balas berdepan tekanan, bagaimana kita menanganinya, personaliti adalah faktor yang membentuk kesihatan mental seseorang. Seseorang dikatakan mengalami gangguan mental apabila gagal menangani situasi dihadapi secara sihat seperti bertindak melulu sama ada di atas jalan raya, bermasalah dalam perhubungan seperti sesama kawan rapat, ahli keluarga dan orang sekeliling. Korang nak tahu macam mana nak kenal pasti tahap kesihatan mental dalam diri kita sendiri, keluarga dan kawan-kawan? 

Tahap pertama adalah tekanan biasa yang kita dapat dari masalah sekeliling yang terjadi dalam hidup kita seperti kewangan, belajar, nak siapkan kerja sekolah, gaduh dengan best friend dan lain-lain. Dalam tempoh itu, biasanya kita jarang-jarang nak kongsi masalah dengan orang lain sebab menganggap ia normal.

via GIPHY

Bagi fasa seterusnya adalah anxiety! Kita akan selalu risaukan sesuatu dan terus anggap ia negatif. Walaupun situasi tersebut ia boleh jadi positif supaya boleh perform dalam study dan kerja jadi lebih baik tetapi bila perkara dirisaukan dan difikirkan terlalu mendalam dan mudaratkan rutin harian itu yang boleh menyebabkan kita ke fasa seterusnya iaitu fasa depression

Tanda mental terganggu:

  • Cepat marah, tidak boleh tidur malam sebab risau, bermasalah hubungan dengan seseorang.

  • 11.2 peratus remaja mempunyai idea untuk membunuh diri

  • Sembilan peratus merancang untuk bunuh diri

  • 10.1 peratus melakukan cubaan untuk bunuh diri.

via GIPHY

Biasanya fasa depression, seseorang itu akan menunjukkan simptom- simptom emosi dan mula mengasingkan diri dari pelbagai hubungan sosial. Apa yang lebih menakutkan adalah bila ia menjadi fasa major depression. Biasanya ini akan mengambil masa dalam tempoh dua tahun selepas mengalami depression dan bila seseorang mula berada di tahap membimbangkan dan merasakan tiada hala tuju hidup ia akan membawa kepada fasa skizofrenia

Untuk pengetahuan semua, kegagalan menangani kesihatan mental atau sering mengalami gangguan mental mendedahkan individu kepada penyakit mental lebih serius seperti kemurungan, kerisauan melampau, bipolar dan skizofrenia.

via GIPHY

Pengetahuan mengenai kesihatan mental makin tinggi dalam masyarakat tetapi kena lebih berusaha dengan berjumpa doktor sekiranya mengalami tekanan tanpa perlu menunggu terjadi sebarang insiden tidak diingini. Masyarakat khususnya ibu bapa perlu celik kesihatan mental dengan menanam nilai baik kepada anak-anak dan menjadi rakan baik anak dalam semua perkara termasuk mendengar masalah dihadapi.

Cara untuk bantu:

Pakar Psikiatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, berkata langkah pertama perlu diambil mendengar luahan mereka dengan sabar. Usah cepat menghukum individu terbabit seperti tiada pegangan agama, tetapi cuba memahami senario dialami dan empati dengan mengetepikan apa yang difikirkan.

Jadi gais, jangan ambil mudah dengan setiap perkara yang kadang-kadang buat korang rasa down. Dapatkan nasihat para pakar seperti psychologist, kaunselor dan pekerja sosial kalau korang ada masalah. Kalau malu nak share dengan para pakar, apa kata share dulu dengan parents dan kawan-kawan supaya mereka boleh bagi semangat dekat korang!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Untuk Pastikan Sentiasa Selamat Jika Keluar Bersendirian

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Kembali Dengan Lebih DRAMA!