in ,

Kesan Buruk Tidur Lambat, Jaga-Jaga Gais!

Sumber gambar: dr-myri-blog.blogspot.com

Zaman sekarang, orang muda seperti kita mostly jarang ada yang suka masuk tidur awal atau tidur sebelum pukul 11 malam. Walaupun ada juga yang tidur awal tapi rata-ratanya waktu paling awal tidur sekarang ini pun adalah pada pukul 10 malam dan paling lewat, ada yang tidur pukul 4 pagi tau! Ish ish! Tahu atau tidak, untuk korang yang masih bersekolah ini sebenarnya akan dapat banyak kesan yang buruk dari tidur lambat. Jadi untuk korang yang suka tidur lambat itu, jom tengok kesan buruk apa yang mungkin dihadapi nanti. 

PERTUMBUHAN TERBANTUT

Sumber gambar: IDN Times

Untuk pengetahuan korang, tidur yang cukup akan membantu pertumbuhan korang dengan lebih baik. Walaupun faktor genetik pun memainkan peranan utama dalam pertumbuhan badan korang tetapi kalau korang sendiri selalu tidur lambat, alamatnya pertumbuhan pun boleh jadi terbantut tau! Lebih baik berjaga-jaga! Jangan nanti kawan-kawan korang semua tinggi sebab tidur awal tiba-tiba korang seorang sahaja yang kecil molek.. Alamak!

BANYAK PENYAKIT

Sumber gambar: Dream

Selain dari itu, orang yang tidur lambat ini selalunya mereka tidak akan cukup tidur. Jadi, bila tidak cukup tidur, kesan yang korang akan dapat adalah banyak penyakit. Walaupun sekarang korang sihat tapi kalau korang biasanya gaya hidup tidur lewat ini, percaya atau tidak suatu hari nanti korang akan dapat penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain. Oleh sebab itu, kalau korang perasan doktor kesihatan selalu pesan untuk cukup tidur sebab badan memang memerlukan rehat yang secukupnya.

KULIT TIDAK SIHAT

Sumber gambar: Missdhuri

Seterusnya, kulit korang pun akan jadi tidak sihat sebab jika badan tidak cukup rehat, automatik kulit muka korang pun tidak cukup rehat dan itu akan menyebabkan kulit korang kering, boleh berjerawat dan boleh jadi lebih teruk kulit korang akan break out dan waktu itu janganlah korang nak menyesal okay

MATA PANDA

Sumber gambar: IDN Times

Dan yang pasti mata korang akan kelihatan seperti panda. Hitam sahaja di sekeliling mata, dan kalau korang nak tahu nak hilangkan mata panda ini memang ambil masa tau. Jadi, elakkanlah tidur lambat ya. Nanti, kalau pergi sekolah, crush korang lari pula. Lagi susah nak kawan dengan si dia nanti! Terkejut crush tengok mata kita macam panda..

PENUAAN 

Sumber gambar: Neuffa

Tidur lambat juga akan menyebabkan penuaan lebih cepat terjadi kepada diri korang. Bukan sebab korang nampak matured atau apa. Akan tetapi muka korang akan ada wrinkle dan garis-garis halus di bahagian mata dan mulut. Jadi kalau korang tidak mahu nampak tua dari umur sebenar, lebih baik korang tidur awal.

Jadi, bila korang sudah tahu kesan buruk yang akan korang dapat disebabkan tidur lewat. Apa yang korang perlu buat adalah ubah gaya tidur korang kepada waktu yang lebih awal. Kalau susah nak tidur awal, korang cuba juga belajar perlahan-lahan. Elakkan jumpa kawan selepas pukul 9 malam dan jangan pegang telefon korang selepas 10 malam. Pastikan juga, korang tidur cukup dalam satu hari, sekurangnya satu hari tujuh ke lapan jam. Jika terkurang masa tidur, korang pastikan korang ganti waktu tidur korang itu pada hari minggu.

What do you think?

25 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments