in ,

Kesan Buruk Bila Selalu Pakai Pewarna Kuku

Sumber gambar: Pinterest.com

Wuu, best betul kalau dapat buat medicure pedicure. At least cantik juga kuku waktu musim cuti, hehe! Boleh buat kuku warna warni, baru cute!

via GIPHY

Kuku juga merupakan salah satu penampilan bagi girls dekat luar sana. Kalau muka cantik tapi kuku penuh dengan daki, tambah pula dengan panjang macam mana? Elak kena kutuk je nanti sebab tak jaga kebersihan. Nak cantik, guna pewarna kuku, baru bertambah menonjol sikit kuku nanti, hehe! Tapi sebenarnya kalau selalu pakai pun boleh buatkan kuku rosak juga. Nak tahu sebab apa boleh buatkan kuku rosak? Baca artikel LUNARIA ini sampai habis okay.

MENGUBAH WARNA KUKU

Image result for warna kuku
Sumber gambar: Liputan6

Warna kuku kita dah semula jadi berwarna putih. Itu menunjukkan yang kuku kita berada dalam keadaan yang sihat. Tapi kalau kuku korang berwarna selain putih, maksudnya kuku tak sihat dan perlu diubati dengan segera. Pakai bahan semulajadi pun boleh juga. Let say for those yang selalu pakai pewarna kuku, lama-kelamaan warna kuku korang akan berubah daripada putih kepada warna yang lain which is kekuning-kuningan. At the same time, kuku korang pun boleh mengelupas dan cepat kering. Nak pakai tak salah, tapi bagi sikit masa untuk kuku bernafas tanpa ada sebarang pewarna diatasnya.

ROSAKKAN KULIT

Image result for kulit kuku rosak
Sumber gambar: Hellodoktor

Dalam campuran cecair pewarna kuku, ada kandungan kimia yang tidak begitu bahaya cuma tak elok jika selalu terkena pada kulit. Kalau zat kimia masuk dalam tubuh badan, ia boleh bertukar menjadi cancer. Tapi rasanya kalau pakai di kedai, orang yang buat mestilah akan lakukan dengan berhati-hati. Melainkan kalau korang buat sendiri dekat rumah. Boleh juga nak cantik. Tapi kurangkan guna pewarna kuku, cukup sekadar kilatkan kuku je.

KUKU JADI RAPUH

Image result for kuku patah
Sumber gambar: Bewitched

Bila kuku panjang, baru cantik kalau nak pakai pewarna kuku. Tapi risikonya, kuku akan cepat patah. Bila kita salutkan kuku dengan pewarna kuku, pori-pori yang terdapat dekat kuku akan tertutup. Hal itu menyebabkan kuku kita susah untuk bernafas. Sama macam kita, kuku juga memerlukan oxygen. So, kalau kekurangan oxygen, of course ia akan mudah rapuh dan patah. Nanti baru garu sikit, dah terpatah pula kuku.

Tak salah pun kalau nak mencantikkan kuku. Kami di LUNARIA sendiri memang suka buat medi pedi sebab masing-masing tak nak kalah dengan kuku masing-masing, hehe! Cuma kami tetap bagi masa untuk kuku berehat daripada cecair pewarna kuku.

via GIPHY

Tengah cuti sekolah ini, boleh ajak mak dan adik beradik perempuan yang lain buat spa dekat rumah. Masing-masing buat rawatan kuku, mesti best! Waktu inilah boleh bonding bersama dengan keluarga.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Mencegah Covid 19 Lebih Baik Daripada Merawat!

Senaman Indoor Jaga Badan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan