in ,

Kesan Bila Suka Dekat Cikgu Sendiri!

Sumber gambar: https://medium.com/bigger-picture/hot-for-teacher-4666fc203282

OMGGG! Handsome-nya cikgu praktikal ni.. Cute pula tu.. tak nampak macam cikgu pun!

Amboi amboi, tengah ada crush dekat cikgu ke tu? Biasanya kalau cikgu praktikal tu bujang lagi, ramai yang berebut nak belajar dengan dia. Jangan risau, bukan korang je pernah ada rasa macam ni tau.. Hihi! Tak salah pun nak crush dekat cikgu tu, tapi jangan terlalu over sangat sebab nanti takut…

TAK FOKUS BELAJAR

via GIPHY

Kita datang sekolah nak belajar kan? Bukan nak usha cikgu, tapi usha crush kelas sebelah takpe. Jkjk! Andai kata cikgu praktikal yang korang suka tu mengajar subject Bahasa Malaysia, tak ke korang berangan je sepanjang kelas tu. Cikgu suruh buat karangan, korang pergi buat karangan ayat cinta puisi pula dekat dia, satu hal tak fokus dia mengajar pula dekat depan tu.. Mata asyik bunga-bunga je nanti.. alamak!

TAK MANIS

via GIPHY

Macam yang Ainaa cakap tadi, tak salah pun kalau korang nak crush dekat cikgu tu. Tapi macam tak manis pula bila cikgu lain tahu. Nanti cikgu lain salah faham pula.. Daripada cikgu praktikal tu tak tahu, terus dia tahu yang korang crush dekat dia. Satu hal pula korang dah malu nak mengadap muka dia dekat kelas nanti. OMG! Malunya kalau jadi macam tu!

TAK JADI DIRI SENDIRI

via GIPHY

Andai kata before this korang ni seorang yang banyak cakap, happy go lucky, tapi bila ada crush dekat cikgu tu, korang dah tak jadi diri sendiri. Biasa la kalau kita nak tarik perhatian someone mesti la kita berusaha untuk jadi macam mana yang dia suka kan? Takut nanti korang jadi fake pula semata-mata nak dapatkan perhatian cikgu tu. No no no girls!

TAKKAN KE MANA

via GIPHY

Sah sah cikgu tu hanya praktikal dekat sekolah korang, peluang untuk jumpa lagi lepas habis tempoh mengajar tu mungkin tipis. Jangan pula korang sedih dan habis pelajaran pun terabai. Tak perlu letak harapan tinggi sangat, sebab takut korang akan lost contact dengan cikgu tu. Eh.. tapi kalau dah jodoh tak ke mana juga kan? Jkjk!

Hmm.. Sebenarnya dulu Ainaa pun ada crush dengan cikgu praktikal dekat sekolah… Tapi sayang rupanya lepas habis sekolah Ainaa dapat tahu cikgu tu dah bertunang. Hati sis hancur, sebab tu tak boleh berharap sangat. Nanti korang akan patah hati macam Ainaa.. huhu!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

OMG! Apps FaceApp Jual Gambar Kita?! 😱

Tanda Produk Tak Sesuai Dengan Kulit!