in ,

‘Kesan’ Bila Banyak Sangat Tengok K-Drama

Sumber gambar: dramabeans.com

Ehh, kenapa dia tak kahwin dengan girlfriend dia? Ala, tak best la drama Korea yang ni. Sepatutnya kena la kahwin dengan orang yang dia suka! Aahh, tengok cerita lain la.

via GIPHY

Wooww, extreme ya cara tontonan korang tu. Ala jangan la disebabkan jalan cerita tak sama macam yang korang nak, terus taknak tengok dah drama Korea tu. Ainaa pasti peminat Kdrama ni ada bermacam-macam ragam, usia, bangsa dan macam-macam lagi la. Dalam banyak-banyak Kdrama yang ada, mesti ada sebab kenapa korang prefer drama yang korang tengah tengok sekarang ni kan?

So apa sebab korang tengok drama tu? Adakah kerana hero yang handsome? Heroin yang comel? Atau jalan cerita yang menarik? Boleh jadi sebab cadangan kawan-kawan kan? Jom kita tengok sikit sikap sebenar peminat Kdrama yang biasa kita nampak…

PANDAI BAHAGIKAN MASA

via GIPHY

Bila masa untuk study, dia study. Masuk masa untuk makan, dia pun makan dan kalau masa rehat untuk aktiviti bebas, baru la dia layan Kdrama tu. Yes, itu ialah sikap yang paling bagus sekali sebab korang pandai nak bahagikan masa antara kepentingan dan juga mengisi masa lapang. Kalau asyik tengok Kdrama sampai tak tolong mak kemas rumah tu apa cerita? Elak kena bebel je la dengan mak, nak tengok drama pun tak fokus kan. Lagi bagus bila korang kaji dulu tentang jalan cerita drama tersebut, tak ada la tengok sahaja kan.

MEMPERTAHANKAN DRAMA KEGEMARAN

via GIPHY

Siapa yang bersikap macam ni kita boleh geng sebab Ainaa jenis kalau drama tu best memang akan bagitahu kawan-kawan yang drama tu best dan akan marah sesiapa yang cakap drama tersebut bosan, hehe! Kita jadi macam tu bila kita terlampau sukakan sesuatu drama sampai pertahankan sehabis baik walaupun kadang-kadang drama tersebut tak ada la seronok mana pun. Sampai ada yang tak sanggup nak tengok orang kritik tentang drama yang dia tengok tu la. Lagi best sampai gaduh mulut dengan kawan rapat atau adik-beradik hanya disebabkan drama, haha! Tapi Ainaa tak ada la sampai tahap macam tu ya.

TAK ADA SOCIAL LIFE

via GIPHY

Aduh, ini parah sangat sampai tak ada social life ni. Kehidupan dia hanya la bersama dengan drama Korea sahaja. Boleh jadi korang akan ulang drama tersebut banyak kali dan sampai boleh hafal setiap soundtrack dan lagu-lagu dekat dalam drama tersebut tanpa ada rasa jemu langsung. Once sampai hujung minggu je, confirm repeat balik drama tu. Ini tengah PKP ni, boleh jadi orang ulang drama tu sampai dua tiga kali kan? Orang ajak buat kerja lain taknak, drama tu lagi penting sampai phone pun boleh letak tepi.

PEMINAT DRAMA LAMA

Favorite K-Drama Second Dudes: I'd Take These Boys Over Flowers ...
Sumber gambar: Macgmagazine

Sebelum adanya drama Goblin, Hye, Bye Mama, Hotel Del Luna dan sebagainya ni, kita ada drama lama yang menjadi kegemaran pada suatu masa dahulu. Ada certain peminat Kdrama ni, dia hanya suka tengok drama lama-lama je seperti contoh drama Boys Over Flower, Winter Sonata, Full House, Coffee Prince dan macam-macam lagi. Biasanya orang macam ni, dia memang boleh dikatakan sebagai peminat sejati Kdrama sebab dia bermula dengan drama lama dan kemudian berlaih ke drama masa kini. Boleh dikatakan sebagai peminat vateran la, haha!

BIAS PELAKON

via GIPHY

Disebabkan korang ni memang peminat nombor 1 Lee Min Ho, sampaikan semua drama lakonan dia korang akan tonton. Padahal korang bukan nak tengok drama tu sangat pun, semata-mata sebab nak tengok Min Ho je. Best atau tidak drama tu korang tak kisah, asalkan dapat tengok Lee Min Ho atau mana-mana pelakon kegemaran korang, amboi bukan main dia ya. Lagi best kalau heroin yang bersama dengan dia tu pun korang minat, ha memang ngam! Sampai ke dunia realiti korang minat mereka.

Antara banyak-banyak sikap peminat Kdrama ni, korang dekat dalam golongan yang mana satu? Tak kisah la korang dekat mana-mana pun, asalkan bila tengok drama tu jangan sampai abaikan benda lain okay!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resepi Masakan Viral TikTok Harus Cuba Try Test

Victor The Drum Destroyer Diarah Keluar Band