in ,

Kesan Bath Bomb Kepada Kulit Badan Dan Vagina

Sumber gambar: Youtube.com

Birthday Aqila nanti kita kasi hadiah bath bomb dekat dia nak? Mesti dia suka, bolehlah feeling me time waktu birthday nanti!

Stream 13 free Bath Time + Relax radio stations | 8tracks radio apps
Sumber gambar: 8tracks

Siapa suka bath bomb? Sudahlah wangi lepas itu siap ada pelbagai warna. Ia sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada sesiapa sahaja terutamanya untuk kaum perempuan. For those yang tak tahu, bath bomb ini merupakan bahan mandian yang berbuih serta mengeluarkan bau yang wangi, ia digunakan sebagai bahan tambahan ketika mandi. Korang hanya campak sahaja bath bomb itu dalam bath tub and bath bomb akan keluarkan aroma dan warna yang cantik! Best kalau dapat berendam dalam bath tub sambil guna bath bomb.

Tapi… Apa sebenarnya yang ada dalam bath bomb itu sendiri? Ada banyak pilihan bath bomb yang dijual dekat pasaran, bermula dengan harga yang murah sehinggalah harga mahal. Untuk pengetahuan korang, bath bomb ini dibuat daripada…

Step by Step Guide on How to Make Unicorn Bath Bombs DIY
Sumber gambar: Hipsmamaplace
  • Serbuk penaik
  • Citric asid
  • Garam espom
  • Tepung jagung
  • Minyak kelapa
  • Pewarna makanan
  • Minyak essential

Cuma persoalannya ialah kenapa bath bomb ini bahaya kepada bahagian sulit atau vagina kita? Vagina boleh cedera ke kalau kita selalu pakai? Check it out kesan bath bomb ini okay!

BAHAN YANG DIGUNAKAN

DIY Bath Bomb Surprise Bersama Anak Di Rumah, Dijamin Selamat Dan ...
Sumber gambar: Idntimes

Seperti yang dikongsi tadi tentang bahan-bahan yang ada dalam bath bomb, ia ada baking soda dan juga citric asid. Bila kedua-dua bahan itu bergabung bersama, maka terhasil tindak balas bagi melepaskan gas karbon dioksida. Tindak balas kedua-dua bahan ini tak ada bezanya bila korang gabungkan tablet ubat ke dalam air. Di situ sahaja kita dah nampak bahawa bahan ini sedikit bahaya untuk kulit badan kita.

BAHAYA UNTUK KULIT

Gatal dan Kulit Kering? Bisa Jadi Pertanda Dermatitis Atopik
Sumber gambar: Sains.kompas
  • Wangian- Pewangi yang digunakan juga ada banyak jenis iaitu antara sintetik atau pun minyak pati yang mengeluarkan rasa dingin.
  • Bahan pengawet- Bagi mengekalkan bentuk bath bomb ini, bahan pengawet akan ditambah bersama supaya bentuknya akan tahan lebih lama.
  • Pewarna- Sama ada pewarna yang digunakan ialah pewarna makanan asli ataupun buatan makmal sehingga membuatkan tab mandi berubah warna
  • Bahan tambahan- Biasanya bahan tambahan yang digunakan ialah glitter bagi menjadikan air bertambah cantik tetapi ia sangat berisiko untuk membuatkan kulit melecet.

TANDA BATH BOMB TAK SESUAI

natural bath products | Tumblr
Sumber gambar: Tumblr

Bahan tambahan yang digunakan seperti glitter itu boleh membuatkan kulit kita rasa gatal dan kemerahan. Kalau itu terjadi sejurus korang menggunakan bath bomb itu, maksudnya ia tidak sesuai pada kulit badan. Sebaiknya terus keluar dari air dan mandi semula dengan air suam supaya dapat kurangkan kegatalan pada badan. Ia juga mungkin akan membuatkan vagina kita menjadi gatal kerana sabun itu akan masuk ke dalam bahagian sulit. Tapi bergantung juga pada produk yang digunakan bagi menghasilkan bath bomb tersebut.

BAHAYA PADA VAGINA

Kiat Jaga Kesehatan Reproduksi Wanita - Health Liputan6.com
Sumber gambar: Liputan6

Bahan yang digunakan boleh mempengaruhi pH pada bahagian vagina sehingga membuatkan jangkitan yis terjadi. Apabila pH pada badan berubah, ia boleh mengubah flora bakteria serta menyebabkan ia menjadi lebuh teruk serta jangkitan yis pada vagina. For those yang pernah mengalami masalah berkaitan dengan faraj, sebaiknya korang mandi dengan menggunakan air panas dan mandi menggunakan sabun biasa sahaja. Elakkan menggunakan bath bomb lagi sekiranya terjadi tindak balas negative terhadap kulit badan.

Sekiranya korang masih nak juga mandi dengan menggunakan bath bomb, kenal pasti terlebih dahulu bahan yang digunakan untuk menghasilkan bath bomb tersebut dan tahu bahan apa yang korang ada alahan.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perangai Pelajar Sekolah Bila Kena Pergi Sekolah Musim PKPP

Muzik Genius K-Pop Idol Yang Paling Dikehendaki Dalam Industri