in ,

Kesan Bahaya Tak Tidur Berhari-Hari, No. 4 Paling Seram!

Sumber gambar: pinterest.com

Bestnya layan drama ni! Dah habis satu season tengok! Berbaloi juga tahan mata ta tidur sampai tiga hari sebab layan drama ni je, hehe! Next drama nak tengok apa pula ya…

GIRLS! Serious la korang sanggup berjaga sampai berhari-hari sebab nak tengok drama je? Tak rasa mengantuk ke? Macam mana korang boleh tahan mata tak tidur semata nak habiskan drama favorite tu? Boleh je tidur macam biasa lepas tu esoknya bangun dan sambung la tengok, bukannya sampai tak tidur berhari-hari. Please stop budaya tak tidur malam tak kisah la sebab study, tengok drama atau sebab nak on call dengan boyfriend. Memang la korang akan rasa hari berlalu macam biasa, tapi ada bahaya yang menanti iaitu…

KESAN LEPAS 24 JAM

Image result for blackpink sleep gif

Maybe ada certain antara korang memang dah biasa tak tidur selama 24 jam. Ainaa sendiri pernah tak tidur seharian, so benda tu masih dianggap biasa sebab keesokan harinya confirm tidur sampai ke malam. Tapi dalam peringkat usia muda ni, korang akan alami masalah untuk fokus pada satu benda dan susah untuk buat keputusan. At the same time, benda lain yang juga akan korang alami ialah cepat marah, otot jadi tegang, penglihatan dan pendengaran mula jadi kabur serta alami mengantuk yang teruk. Sebab tu la keesokan harinya korang akan tidur sepanjang masa. Badan pun dah penat sebab tak berehat.

KESAN LEPAS 36 JAM

Image result for don't have appetite
Sumber gambar: Betterhelp

Ada ke orang yang tak tidur sampai 36 jam? Haa, kalau ada korang memang power! Tapi dalam power tu pun akan berlaku kesan negative pada badan. Hormon kortisol, insulin dan bermacam-macam lagi hormon dalam badan akan bercelaru dan jadi huru hara. Perubahan ni juga mengganggu selera makan, metabolisme, suhu badan dan kitaran hidup secara keseluruhan.

KESAN LEPAS 48 JAM

Image result for aesthetic sleep
Sumber gambar: Twitpu

Seriously korang bertahan tak tidur sampai dua hari? Korang buat apa? Layan K-drama ke? Biasanya kalau dah sampai tahap ni, korang akan alami microsleep. Microsleep tu ialah keadaan di mana kita akan tertidur dengan tak sengaja tanpa sedar dan kita sendiri tak boleh kawal sebab benda tu berlaku dalam tempoh beberapa saat je. Walaupun dalam keadaan beberapa saat tapi kita masih tak dapat untuk kawal. Benda tu jadi tanpa sebarang amaran sebab badan kita dah terlampau penat dan mengantuk. Benda ni biasa jadi dekat pemandu kereta, bila dah penat sangat mereka akan alami microsleep. Sebab tu boleh terjadinya kemalangan jalan raya. So, nasihat pada parents atau adik-beradik yang lain, kalau rasa mengantuk waktu drive, berhenti dulu sekejap supaya tak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

KESAN LEPAS 73 JAM DAN SETERUSNYA…

via GIPHY

Nak tahu apa akan jadi kalau korang tak tidur sampai tiga hari? Ha, waktu ni keadaan akan jadi lebih parah dan kritikal. Korang berkemungkinan akan alami kemurungan, gangguan untuk fokus bertambah teruk, banyak fikir, moody dan cara bercakap pun dah tak macam orang normal biasa. Korang juga akan rasa letih yang melampau, kesukaran untuk multitasking, masalah ingatan, paranois dan kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain. Bahaya sangat dah ni geng, korang memang kena tidur supaya benda macam ni tak terjadi pada diri korang. At the same time korang juga akan alami masalah insomnia which is kesukaran untuk tidur walaupun waktu tu badan dah rasa penat sangat.

Make sure korang jangan tahan mata kalau dah mengantuk. Even nak study pun, take 5 sekejap pun jadi la asalkan jangan study berterusan tanpa berehat dan tidur. Tidur tu penting tau, sistem badan kita perlukan rehat daripada buat kerja. Korang pun kena rehat daripada berjaga lama. Lagi penting ialah otak korang pun perlukan rehat, jangan buat main tau kalau otak tak cukup rehat nanti ada effect negative yang lain pula.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Check List Barang Sekolah Yang Korang Perlu Beli

Benda² Korang Boleh Cuba, Bila Dah Bosan Sangat Duduk Rumah