in ,

Kesalahan Yang Selalu Tak Jangka, Ini Penyebab Muka Break Out

Sumber gambar: nationalgeographic.com

Pernah tak selama ini muka korang bersih, licin, cantik, mulus sahaja kulit. Tiba-tiba satu hari itu, ada jerawat, lepas satu, satu lagi dia tumbuh dan tiba-tiba ha ambil kau banyak dan merah-merah dan ada juga yang bentuk macam jerawat pasir. Muka yang breakout ini memang tak best tau! Sebab dia akan beri kesan pada kita punya keyakinan diri, penampilan dan banyak lagi. Akan tetapi sedar atau tidak, kadang-kadang ia berpunca dari silap kita yang tak sedar dengan kesalahan diri sendiri yang kita tak jangka pun ia adalah penyebab muka breakout. Nak tahu apa sebabnya? Cuba check salah satu alasan ini, mana tahu korang pernah buat salah satu ini…

SALAH PILIH SKINCARE

Sumber gambar: divyabeautyvlogger

Ya! Sekarang ini produk itu bagus sikit dengan muka kawan korang terus korang anggap yang produk itu pun sesuai dengan kulit korang kan. Kalau korang nak tahu, antara benda yang paling penting sebelum korang beli skincare adalah korang perlu kenal kulit korang pertama sekali. Bila dah tahu, barulah korang periksa produk skincare apa yang sesuai dengan kulit korang. Kalau nanti salah beli, bertambah breakout kulit, korang juga yang sedih kan?

SENTUH MUKA DENGAN TANGAN

Sumber gambar: nytimes

Ish gatalnya tangan kita semua ini nak sentuh muka kan? Ya, kadang-kadang bila dah menjadi habit harian kita itu, kita pun tak perasan kan? Tangan kita ini kotor dan banyak sangat kuman tau kalau korang nak tahu! Jadi, bila tangan itu hampir nak tersentuh muka, apa kata korang pukul dan tahan tangan korang itu.

KURANG TIDUR

Sumber gambar: verywellmind

Zaman sekarang kalau tak stalk crush atau tonton K-Drama sampai tengah malam itu memang tak sah kan? Oleh sebab itu, korang pun kurang tidur kan? Waktu tidur pun tak cukup ini pun antara sebab kenapa muka kita boleh jadi teruk tau. Why not korang, siap-siap buat jadual korang sendiri untuk atur masa tidur korang. Nanti bukan setakat jerawat, malah mata korang pun kalah panda dekat zoo negara itu tau! Hehe!Β 

MAKAN PEDAS

Sumber gambar: thesmartlocal

Mukbang lah, challenge makan pedas lah, ghost pepper lah dan macam-macam lagi kan sekarang ini? Sebaiknya mula hari ini korang kurangkan sikit ya makan pedas sebab makanan pedas ini dia ada kandungan yang boleh menyebabkan kulit sesetengah orang ada iritasi dan boleh juga kurangkan pH dalam kulit.

PAKAI TOPI

Sumber gambar: kbizoom

Pernah tak perasan kenapa korang tiba-tiba ada jerawat pasir di dahi? Ha! Itu sebab korang terlalu kerap pakai topi juga tau. Ya, memang tak salah pun nak pakai topi tapi jangan setiap hari tau. Sebab bila korang berpeluh panas-panas itu korang tak perasan pun peluh korang di dahi itu, bagi dia bernafas sikit okay! Tak salah pun nak berfesyen.Β 

Jadi, korang pernah terbuat yang mana satu ini? Kalau dah tahu, selepas ini kita jaga-jaga sendiri lah ya. Apa-apa pun korang muka breakout ke, licin ke, biasa ke, korang tetap cantik sampai bila-bila okay! Jangan terlalu rendah diri okay! Be confident okay! Love yourself!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Elak Mak Marah Bila Duduk Rumah Tak Buat Apa-Apa

Bromance Goals K-Pop Buat Orang Lain Cemburu