in ,

Kesalahan Bila SUKA & CINTA Adik Beradik Sendiri!

Sumber gambar: youtube.com/ The Smart Local

Adik-beradik adalah orang yang paling dekat dan rapat dengan kita sebab mereka sentiasa ada bersama-sama. Tetapi pernah tak korang dengar tentang kes suka adik-beradik sendiri?

Seseorang suka akan adik-beradiknya sendiri bukan atas dasar sayang antara adik, kakak atau abang, tetapi suka melebihi daripada perasaan yang sepatutnya dan ia mungkin akan menjerumus kepada cinta yang sumbang mahram.

Sebenarnya isu ini sudah lama berlaku dan ada banyak kes yang jadi. Ramai juga individu yang cuba mengelak daripada ada perasaan ini.. Jadi, kami LUNARIA mahu kongsikan sedikit bagaimana cara nak perbaiki perasaan jika tersuka adik-beradik sendiri. Jangan risau sebab semua ini ada jalan penyelesaiannya walaupun ia mengambil masa.

MUHASABAH DIRI

via GIPHY

Antara benda yang perlu dibuat adalah muhasabah diri. Sebaiknya, fikirkan semula secara logik akal, tak akan mungkin agama bagi untuk kita suka dan jatuh hati pada orang yang keluar dari rahim yang sama. Lebih lagi, apabila kita membesar sama-sama. Kalau masih hadir perasaan itu sebaiknya carilah jalan keluar dari perasaan jika makin terbawa-bawa. Cari juga kawan yang kita yakin untuk bercerita masalah dan percaya mereka boleh bantu kita untuk ingatkan perkara yang tu kita lakukan itu salah. Perlakuan ini akan membantu untuk alih sikit perhatian kita dari adik-beradik yang kita “sayang” itu.

BERJAUHAN

Sumber gambar: hmetro

Selain itu, cuba jauhkan diri dari dia (adik-beradik) yang korang suka buat sementara waktu. Dalam masa yang sama, cuba fikir semula dan plan apa yang kita buat itu adalah salah. Untuk yang masih bersekolah, awak boleh saja cerita masalah ini kepada parents korang dan request kepada mereka untuk belajar di tempat jauh dan masuk asrama. Dan korang juga boleh cuba untuk cari crush baru.. ia boleh alih perhatian dan minat korang.

JUMPA PAKAR

Sumber gambar: Medical News Today

Antara jalan penyelesaian lain yang boleh korang ambil jika tersuka adik-beradik sendiri adalah jumpa pakar yang mampu guide, care dan boleh bantu masalah ini. Sebaiknya, jumpa pakar seperti kaunselor, psychologist dan pekerja sosial di pusat kebajikan sebab mereka boleh membantu masalah awak dengan melakukan intervensi dan kaunseling untuk kes yang mampu menjerumus ke masalah sumbang mahram ini.

NO VIDEO LUCAH!

Sumber gambar: Delicious

Antara faktor utama kes sebegini juga adalah bila kerap tengok video lucah. Ya, memang tidak akan ramai yang mengaku jika mereka tengok video lucah tapi ini memang hakikatnya. Apa yang korang tengok di laman sesawang video lucah itu memang tidak patut terjadi dan korang patut tahu yang perkara yang korang tengok itu pun sudah salah. Jadi, lebih baik korang isi masa korang dengan buat perkara berfaedah supaya perkara seperti ini tidak terjadi.

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya banyak kesan yang buruk dari masalah sumbang mahram ini. Antaranya, ia boleh lead kepada masalah penderaan, rogol dan lain-lain. Bukan setakat itu sahaja, mereka yang “suka” kepada adik-beradik ini juga sebenarnya adalah salah satu dari orang yang mengalami masalah kesihatan mental, bukan nak kata mereka “gila” tapi dalam terma lain ialah masalah psikologi sebab ia sudah melanggar hukum fitrah manusia. Korang juga boleh ambil iktibar dari banyak temubual yang ada di YouTube sebab sudah banyak kes seperti ini yang sudah terjadi dan kami LUNARIA tahu korang semua boleh buang perasaan yang tidak sepatutnya ada dalam diri korang okay! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Orang Korea Excited Ikut Sarah Suhairi Gelek

Perangai Kawan Annoying Kawan Biasa Yang ‘Acah’ Rapat