in ,

Kesalahan Biasa Dilakukan Ketika Pakai Face Mask

Sumber gambar: Pinterest.com

Mak, kakak tak nak pakai mask hari ini. Lemas pakai mask, nanti rasa sakit kepala je. Kakak pakai kalau nak check masuk dekat mall atau kedai je boleh tak?

Sudah beberapa bulan virus Covid-19 melanda negara kita tapi masih ada lagi individu yang tetap berdegil untuk pakai face mask ketika berada di tempat awam. Mungkin ada yang masih merasakan memakai pelitup muka sesuatu yang membebankan, tapi adalah lebih baik untuk kita mencegah daripada sakit kena Covid-19

Kalau korang perasan, sekarang ini ada banyak jenis face mask dijual, harga pun dah turun berbanding sebelum ini. Walaupun dah berbulan kita diterapkan untuk memakai face mask, ada juga yang masih membuat kesalahan ketika memakainya. Mungkin ada antara korang tergolong diantara mereka yang sering membuat kesilapan ketika memakai face mask. Jom kita tengok kesalahan apa yang biasa kita lakukan…

TUTUP DOUBLE CHIN

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Malas nak bukak mask, letak je mask dekat bawah dagu. Nak selfie pun senang juga sebab boleh tutup double chin yang semakin menebal.

No no no no! Kalau korang nak makan sewaktu tengah pakai face mask, pastikan korang tanggalkan face mask tersebut dan simpan semula dalam plastik yang berasingan atau dalam bag yang bersih. Jangan sesekali letak di bawah dagu korang sebab kawasan itu terdedah dengan kotoran udara. Walaupun nampak style bila dapat cover double chin tapi ia sangat tidak bersih ya.

PAKAI MASK TAK TUTUP HIDUNG

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Tak bernafas tak bernafas! Tolongg tak nak pakai face mask!

Ada juga yang mengatakan bahawa bila pakai face mask tak boleh nak bernafas. Apa gunanya kita pakai face mask kalau tak tutup kawasan hidung? Face mask kegunaannya untuk melindungi kita daripada kuman dari luar masuk ke dalam hidung atau ke dalam mulut. Sama sahaja kalau kita tak pakai face mask kalau dibiarkan bahagian hidung terkeluar. Bila kita biarkan hidung terdedah, kuman masih lagi boleh masuk ke dalam hidung kita tanpa tapisan.

SELALU SENTUH FACE MASK

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Kejap-kejap garu mulut dari luar, tak lama kemudian tenyeh hidung dari luar. Cuba kira dalam sehari pakai face mask, berapa banyak kali korang sentuh bahagian depan face mask? Tak tahu apa jenis kuman yang ada dekat tangan, terus kita sentuh permukaan face mask. Bukan itu sahaja, ada pula yang recycle semula face mask lepas dah pakai seharian. Untuk pengetahuan korang, face mask hanya boleh dipakai sekali sahaja tanpa recycle semula melainkan korang pakai face mask yang boleh basuh.

KEJAP PAKAI KEJAP BUANG

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Nak pakai ke tak nak pakai sebenarnya? Kalau tak nak pakai lebih baik buka sahaja, kalau nak pakai biarkan tergantung di kedua-dua belah telinga. Ini ada pula yang pakai tapi ditanggalkan sebelah tali dan biarkan ia tergantung dekat telinga. Jika dibiarkan tergantung sahaja, pastinya kuman akan melepak di face mask sepanjang masa. Seperti yang dinyatakan tadi, kalau korang nak tanggalkan sekejap face mask itu make sure simpan dalam plastik atau bag yang bersih dan jangan biarkan ia terdedah.

Cara sebenar untuk memakai face mask ialah ia menutupi seluruh mulut kita termasuklah bahagian dagu dan juga hidung. Pastikan face mask ketat dan basuh tangan setiap kali selepas tanggalkan face mask supaya kuman tidak merebak ke bahagian tangan. For those yang bertudung, korang boleh pakai face mask mengikut cara yang kami pernah kongsikan sebelum ini dalam article yang lepas. Keep safe everyone!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Korea Romantik Komedi Kaki K-Drama Boleh Layan

Aplikasi Berguna Yang Jarang Orang Ambil Tahu