in ,

Kesalahan Biasa Bila Pakai Lipstick, Jom Nampak Cantik

Sumber gambar: favim.com

Kenapa lipstick aku macam tak tahan lama je? Baru pakai tadi dah kena top up lipstick baru, ke bibir aku yang problem?

Nope! Bukan bibir korang yang problem sebenarnya. Tetapi cara pemakaian lipstick mungkin ada yang salah. Jangan ingat nak pakai lipstick just swap dekat bibir then dah siap ya. Ada cara yang boleh digunakan untuk make sure makeup tahan lebih lama daripada jangka masa pakai ya.

Pemakaian lipstick yang salah juga akan membuatkan lipstick korang jadi comot dan mudah tertanggal serta membuatkan bibir kering sehingga merekah. Jom kita check it out kesalahan biasa yang kita lakukan waktu pakai lipstick.

TAK PAKAI LIP BALM

Faedah Menggunakan Lip Balm Untuk Kesihatan Bibir Anda
Sumber gambar: Profhariz

Perasan tak kalau pakai lipstick jenis matte, mesti bibir akan jadi kering dan merekah betul tak? Itu disebabkan kita tak apply lip balm terlebih dahulu. Biasanya ramai lupa step ini walaupun hakikatnya lip balm membuatkan bibir kita bertambah sihat dan tidak kering. Lipstick juga akan tahan lebih lama kalau kita apply lip balm dulu. Cuba korang cuba amalkan rutin lip balm beberapa hari dan mesti waktu itu korang nampak kelainan pada bibir serta lipstick akan tahan lebih lama berbanding biasa.

SALAH LUKIS BIBIR

FOUNDATION TANPA PRIMER IBARAT MELUKIS TANPA KANVAS.. CANTIK TAPI ...
Sumber gambar: Eqyn

Ada certain orang lebih gemar melukis bibir supaya bila pakai lipstick, bibir akan nampak lebih tebal dan munggil. Baru cantik, ada muncung mucung bibir sikit. Tapi kalau salah cara lukis memang takkan menjadi munggil ceritanya, risau nampak bibir macam bengkak pula. Kalau korang yang suka lukis bibir, make sure lukis sekali bahagian dalam bibir supaya bibir korang akan kelihatan penuh.

TAK PAKAI LIP LINER

4 Tips Elak Bibir Kering bila pakai LIPSTICK ~ Tips Kulit Sihat Cantik
Sumber gambar: Tipskulitsihatcantik

For those yang suka pakai lipstick jenis matte, korang disarankan untuk menggunakan lip liner supaya senang nak pakai lipstick dan ia juga tidak akan comot. Kebanyakan girls dekat luar sana memang suka skip part ini sebab agak leceh tapi hakikatnya step ini membantu untuk kita penuhkan bibir biar nampak lebih seksi sikit bila pakai lipstick, hehe! Gunakan warna natural atau warna yang sama dengan lipstick yang korang gunakan.

PAKAI BANYAK SANGAT LIPSTICK

Here's the Interesting History of Why Women Wear Lipstick - HelloFlo
Sumber gambar: Helloflo

Kadang-kadang kita nak nampak cantik sampai campur-campur semua produk yang ada supaya dapat hasil yang diingini. Tapi kalau terlampau banyak sangat pakai produk, hasilnya takkan cantik, lagi-lagi kalau tak kena dengan caranya. Kalau korang pakai lebih daripada dua jenis lipstick, nanti lipstick tersebut akan lebih mudah tertanggal dan membuatkan bibir bertambah kering serta warna yang tak berapa menarik. Kalau nak campur tak ada masalah, cuma pastikan warna yang nak dicampur itu kena dan tak pelik bila korang apply dekat bibir.

SALAH PILIH FORMULA

In red lipstick. with no one to impress on We Heart It
Sumber gambar: Weheartit

Korang kena tahu dulu bibir korang jenis kering atau tidak. For those yang memiliki bibir kering, lipstick matte memang tak sesuai sebab ia akan nampak tak cantik bila apply dekat bibir. Bahagian kering itu akan kelihatan lebih jelas. Sebab itulah korang kena pakai lip balm sebelum apply lipstick, baru bibir tak mudah kering.

Lepas ini korang dah tahu macam mana nak make sure lipstick tahan lebih lama? Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh follow beauty guru di Twitter sebab mereka akan share banyak tentang kecantikan! Jangan risau, LUNARIA juga akan update khas untuk korang.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

IU Cepat Cemburu Dan Tak Suka Lelaki Handsome?!

Gaya OOTD Raya BBNU Lain Daripada Yang Lain