in ,

Kerja Part Time Yang K-Pop Idol Buat Sebelum Debut!

Sumber gambar: www.allkpop.com

Untuk menggapai impian demi menjadi seorang penghibur memang tidak mudah dan banyak benda yang perlu dilalui dulu. Ada yang perlu harus tinggal jauh daripada keluarga dan tidak semua di antara mereka berasal daripada keluarga yang berada atau kaya. Sampaikan ada yang akhirnya melakukan beberapa kerja part time demi membiayai kehidupan mereka serta serta keluarga. Sama juga dengan beberapa K-Pop idol ini, sebelum mereka debut dan terkenal. Ada yang part time dengan menjadi cikgu, babysitter, pelayan dan penghantar makanan restoran dan sebagainya. Jom kita tengok kerja macam mana yang K-Pop idol korang buat ini sebelum debut.

PEKERJA RESTORAN / PENGHANTAR MAKANAN

Sumber gambar: reddit

Mungkin ini adalah pekerjaan yang paling kerap kita dengar yang dilakukan oleh beberapa K-Pop idol sebelum debut. Akan tetapi, kalau korang nak tahu, Eunbi IZ*ONE pernah berkerja sebagai pelayan kedai roti, Jinu WINNER juga pernah menjadi seorang penghantar pizza semasa trainee dan Suga BTS pun sama menjadi delivery boy sampai dia pernah accident dan cedera teruk bahu.

MAKEUP ARTIST

 

View this post on Instagram

 

#굿모닝fm장성규입니다 아침부터 태풍가라가라가라고 했더니 갔다!!! 유디 내일바영👋

A post shared by so you (@soooo_you) on

Memang agak unik bukan? Daripada make-up artist, turns out as an artist! Jika korang pernah dengar kumpulan SISTAR, salah seorang anggotanya, Soyou juga sebenarnya dah jadi make-up artist sejak dia berusia 16 tahun tau! Memang tak perlu pelik lagi kenapa Soyou ini selalu berpenampilan cantik sejak dulu hingga kini. 

KILANG STOKIN

Agak jarang kita dengar tentang kisah orang yang bekerja di kilang stokin. Akan tetapi, lain dengan Sojin Girl’s Day yang juga merupakan salah satu idol yang berjaya dalam dunia lakonan di Korea Selatan pun dulu pernah bekerja di kilang membuat stokin tau! Woah! Macam unik je dengar tentang kilang buat stokin kan? Hehe!

PRIVATE TUTOR

 

View this post on Instagram

 

Big issue 10th anniversary. celebrate📣📣

A post shared by 임시완 (@yim_siwang) on

Pernah terbayang tak? K-pop idol pernah menjadi private tutor korang? Woah! Mesti bestkan! Bukan setakat kita akan berusaha lebih baik dalam belajar sebab muka cikgu itu hensem dan cantik tapi bolehlah cuci mata sekali betul tak? Hehe! Sama dengan Siwan ZE:A, dia pernah menjadi private tutor untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik untuk membiayai kehidupannya sebagai seorang trainee. Mesti comel saja cikgu Siwan mengajar. Hehe

BABYSITTER

 

View this post on Instagram

 

주문을 외워보자🎀

A post shared by 오마이걸 효정 (@candyz_hyojung) on

Pekerjaan sebagai babysitter memang sangat sinonim untuk perempuan. Jadi memang tak pelik jika Hyojung leader Oh My Girl ini pun pernah bekerja untuk menjaga kanak-kanak. Ini kerana Hyojung telah di tinggalkan oleh bapanya sejak kecil dan dia bekerja sebagai babysitter demi membantu ibunya untuk menyara keluarga.

Nampak tak, sebenarnya tidak semua K-Pop idol ini lahir-lahir dah kecapi semua kesenangan ini. No wonder mereka ada ramai sangat peminat yang sayang pada mereka sebab usaha dan penat lelah mereka dari zaman sebelum debut hingga kini memang wow! Jadi, korang pun kena ingat yang sebenarnya usaha adalah tangga kejayaan itu memang benar. Asalkan kita jangan pernah putus asa sama seperti K-Pop idol ini, setuju tak? 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Penjagaan Rambut Supaya Sentiasa Sihat!

Cara Hilangkan Homesick Untuk Korang Duduk Hostel