in ,

Kerja Part Time Untuk Budak Sekolah!

Sumber gambar: duhochtptoancau.vn/tin-tuc/du-hoc-sinh-moi-sang-tim-viec-lam-them-o-han-quoc-nhu-the-nao/amp/

Tak sabarnya nak cuti sekolah nanti! Mesti best boleh bangun lambat, tengok TV, jalan-jalan… Tapi nak berjalan pun kena ada duit.. Macam mana nak ada duit kalau melepak je dekat rumah waktu cuti?

Dulu waktu zaman sekolah, cuti sekolah perkara yang paling kami di LUNARIA tunggu-tunggu. At least cuti sekolah nanti bolehlah duduk rumah tengok TV, layan drama Korea! Tapi takkan dua bulan cuti sekolah, dua bulan juga duduk rumah tanpa hala tuju? Masa cuti inilah sesuai untuk cari kerja part time, at least ada juga duit poket nak buat beli kredit call crush.. Jom check it out apa agaknya kerja part time yang korang boleh buat sementara cuti sekolah nanti…

KERJA DEKAT DRUGSTORE

Image result for drugstore store
Sumber gambar: Livejapan

Girls mana yang tak suka masuk drugstore? Kalau masuk ke dalam drugstore pun korang suka, inikan pula kalau kerja dekat situ? Lagi best sebab setiap kali ada sale confirm korang boleh grab dulu! Silap haribulan, customer tak sempat nak beli, korang dah sambar terlebih dahulu. Rasanya banyak kerja kosong dekat drugstore cuma untuk part timekorang kena direct tanya terus dekat kedai tersebut sebab ada juga certain drugstore tak terima pekerja part time setakat sebulan dua saja.

JOM MENGASUH ANAK JIRAN

via GIPHY

Jiran sebelah ada anak kecil? Kakak korang ada hal tak boleh nak jaga anak dia? Ini lah peluang terbaik untuk korang jadi pengasuh bak ibu peri yang menjaga kanak-kanak. Bila masuk cuti sekolah, tak semua parents pun turut cuti. Akan ada yang kena kerja juga kecuali cuti mereka ialah pada weekend sahaja. Inilah masanya untuk korang jaga anak jiran sebelah. Setakat mandikan, bagi makan dan tidurkan dia pun rasanya dah memadai.. Tapi lagi senang kalau korang jaga anak kakak atau abang sendiri. At least boleh demand upah tinggi sikit. Lagi pun anak buah korang mesti dah biasa dengan korang, senang sikit nak jaga kalau dia meragam sebab family kita juga. Kalau korang tak boleh nak handle, minta tolong mak korang pula jagakan!

AMBIL UPAH MENGEMAS

via GIPHY

Pernah tengok orang mesin rumput dari rumah ke rumah tak? Ha, korang pun boleh buat macam itu tau. Tapi bukanlah suruh korang mesin rumput, boleh saja buat kerja am yang lain macam ambil upah bersihkan laman jiran, kemas rumah atau apa sahaja yang melibatkan kerja mengemas. Lagi-lagi nak akhir tahun, ramai yang nak bersihkan rumah. Korang boleh ambil kesempatan ini dengan cara iklankan diri sendiri dan tampal dekat stesen minyak, kedai runcit atau edarkan dekat peti surat jiran tetangga. Maybe upah yang diterima tidaklah banyak tapi kalau setiap hari dan setiap masa ada job, mesti banyak yang korang akan dapat tau.

KERJA PANGGUNG WAYANG, BOLEH TENGOK MOVIE SEKALI

Related image
Sumber gambar: readingcinemas

Kalau yang kaki movie pula mungkin akan suka kerja part time ini. Sambil serve orang dekat kaunter tiket, korang pun boleh set time movie apa yang korang nak tengok. Lagi pun kalau jadi staff, ada potongan harga atau tengok free kalau tak silap sis. Lagi best kalau dapat set time dengan family untuk tengok wayang dan korang tak perlu bayar apa-apa pun untuk movie itu. After work pun boleh set tengok wayang sekali dengan family, mesti best! Dulu sis pun teringin nak kerja part time dekat panggung wayang, tapi waktu itu panggung wayang dekat rumah tengah renovate, so cita-cita tak kesampaian. End up sepanjang cuti sekolah duduk rumah layan kartun Barbie atau drama Indonesia Ibu Peri!

For those yang nak exam SPM atau PT3 next year boleh manfaatkan cuti sekolah ini sebaik mungkin. Study dulu apa agaknya subject yang bakal korang belajar untuk tahun depan. At least ada persediaan awal dalam diri, nanti masuk sekolah terus korang jadi bijak sebab dah tahu apa yang bakal cikgu ajar dalam kelas. Kerja part time tu kerja juga, tapi jangan sampai lupa study okay!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Demi MV Baru, Queen Hyuna Mandi Bunga!

Bila Abang Kakak Tengah SPM, Apa Kita Boleh Buat?