in

Bakal Masuk Asrama? Nak Pack Apa Ni!

Sumber Gambar: https://www.wanista.com

Pejam celik, pejam celik dah 2019! Happy New Year #Lunagirls! Ada antara korang yang bakal masuk asrama tahun ni? Kalau ada, macam mana persiapan korang? Mesti ada yang chill-chill lagi kan, goyang kaki.. Eh! Jangan macam tu tau nanti kabut! Takpa LUNARIA share dekat sini senarai barang yang patut korang sediakan!

TOILETRIES

via GIPHY

Ni wajib ye #Lunagirls kalau tak ada macam mana nak mandikan? Hihi. Kalau boleh sediakan baldi besar, letak macam syampu, berus gigi, scrub ke conditioner… letak sekali senang boleh angkut kesana kemari dan takkan bercampur dengan yang lain.

PAKAIAN

via GIPHY

Biasanya pakaian ni pihak asrama akan bagi list dekat korang, berapa yang patut dibawa dan lain-lain lagi tapi #Lunagirls kalau macam bra dan panties tu pandai-pandai lah bawa berapa sebab tu takkan pihak asrama nak senaraikan juga hihi.

FIRST-AID

via GIPHY

Siapa kata tak perlu bawak ni? Ni penting tau walaupun kita tahu pihak asrama akan sediakan. Kita buatlah untuk kita punya keperluan sendiri macam letak seperti panadol, ubat period pain, minyak panas, alergic dan bermacam lagi.

KEPERLUAN PERIBADI

via GIPHY

Ni adalah keperluan korang ye macam bedak, pad, tona, foundation… mesti korang rasa macam buat apa bawak pergi sekolah bukan boleh pakai. Eh! Korang tak nak outing ke bila-bila? Hmm.

MAKANAN

via GIPHY

PALING PENTING! Haha… mana tahu malam-malam lapar adalah something untuk dikunyah-kunyah.  Sambil tu boleh berjual beli dengan kawan-kawan yang lain hihi, dapatlah sikit duit belanja.

Apa yang LUNARIA share ni adalah barangan asas, korang memang kena sediakan sendiri sebab pihak asrama takkan sediakan ye. Kalau yang barang-barang lain akan ada dalam senarai yang pihak asrama sendiri sediakan ye. Apa tunggu lagi #Lunagirls dah boleh pack sekarang.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bag Sekolah Berat Bawa Buku Ke Bawa Batu?

Esok Sekolah!! Malasnya Nak Bangun Pagi…