in ,

‘Kepercayaan’ Hijabis Tentang Tudung!

Sumber gambar: https://manadopostonline.com/read/2018/05/15/Dianggap-Menyeramkan-Hijab-Pocong-Asal-Malaysia-Tuai-Reaksi-dari-Netizen/35236

Aku: Fuhh fuhh *tiup muncung tudung*

Kawan: Lah, ni kenapa pula tiup-tiup?

Siapa pernah buat macam statement dekat atas tu? Kalau pernah, kita geng! Haha! Sebenarnya ada banyak fakta dan mitos pelik yang dipegang kuat oleh para hijabis dekat luar sana tau. Even Ainaa sendiri pun percaya benda ni, hehe! Nak tahu apa? Kena la habiskan baca article ini..

TIUP TUDUNG BAWAL

Siapa pakai tudung bawal, mesti secara automatik akan tiup dekat muncung atas tudung yang dipakai. Dipercayai perbuatan ini akan buatkan tudung kita akan jadi lebih on point dan terbentuk dengan cantik. Walaupun bunyi macam pelik dan tak logik, tapi ia berkesan tau. Tipulah kalau korang sendiri tak pernah cuba cara ni. Lebih lagi kalau pakai tudung putih sekolah, asal jumpa cermin je akan tiup tiup muncung tudung!

LETAK LILIN

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=3_C-72Jo92A

Kalau Ainaa dekat sekolah, tudung tak menjadi boleh murung seharian ya. Untuk elakkan korang rasa kemurungan tudung, Ainaa ada solution yang akan bantu kita. Maklumlah Ainaa seorang yang kreatif *blow nails* Apa yang kita boleh buat ialah letak lilin dekat area muncung tudung untuk bagi ia tegak dan terbentuk. Cara ini memang berkesan sebab once dah cuba, terus rasa semangat nak ke sekolah ya.. Tapi girls, make sure korang cuci dan sental bahagian muncung tudung extra sikit untuk hilangkan kesan lilin okay!

TUDUNG KELEPET

Image result for tudung tak menjadi
Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=frbu97YVxTw

Part ni bukan setakat pelik tapi mitos tak masuk akal tau tak. Dah elok-elok pakai tudung tu, sekali nak bagi lebih on point lagi, siap kelepet lagi pula bahagian muncung tu. Sometimes benda ni menjadi juga, tudung nampak lagi elok. Tapi malang kan tak berbau, bila tak bernasib baik, muncung tudung jadi lagi serabut dan susah nak dibentuk. Bertabah la hati.

NO SCARF

Related image
Sumber gambar: https://www.hmetro.com.my/hati/2017/09/264007/inovasi-tudung-mudah-digaya

Biasanya kalau pakai tudung, mesti kita akan pakai anak tudung kan. Tapi ada fakta pelik ni mengatakan yang bila kita tak pakai anak tudung, tudung bawal akan jadi lagi cantik. Ternyata kenyataan tu memang betul belaka. Muncung akan jadi lebih cantik dan muka korang nampak lagi manis. Benda manis ni sekejap je, lama-lama nanti korang akan rasa rimas sebab rambut terkeluar dari seluruh pelusuk muka.

Aduh, pelik-pelik je kan kita ni semua. Tapi dalam pelik pun ada juga kebenaran semua ni. At least tudung still nampak cantik bila ikut fakta ni. Korang setuju tak? Komen sikit dekat bawah!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#YesNoMaybe: Teka Teki Random Sampai Brain Freeze!

Jenis-Jenis Gangguan Seksual Di Sekolah!