in ,

‘Kepala’ Fake Boleh Buat Phone Meletup!

Sumber gambar: https://arstechnica.com/gadgets/2016/10/samsung-doesnt-want-to-pay-for-fire-damage-from-the-galaxy-note-7/

Alamak! Bau apa yang hangit ni? Eh dah berasap pula……

Nak jimat punya pasal, sanggup bahayakan diri pakai adapter murah. Alasan kononnya nak pakai sekejap je, padahal sampai rosak adapter tu kita pakai. Big no no girls! Mula-mula memang tak nampak dekat mana bahayanya kalau pakai adapter fake ni, tapi malang tak berbau.. Malang takkan ‘bagi salam’ dekat kita kalau ia nak datang.. Waktu tu nak menyesal pun tak boleh sebab nasi dah jadi bubur!

Sumber gambar: https://www.mirror.co.uk/money/iphone-charger-faulty-technology-8066132

Tak dinafikan, kalau boleh kita memang nak beli benda yang murah tapi berkualiti. Ada ke barang elektronik yang berkualiti dengan harga murah? Jarang kot rasanya nak jumpa.. Tapi kalau adapter fake, memang berlambak di jual dengan harga murah dekat pasaran.

Kadang-kadang harga tak sampai pun RM10 ada tapi kualitinya tak terjamin. At the same time membahayakan diri kita tau.. Kalau korang perasan, baru je beberapa minit guna terus rasa panas. Tu bermaksud yang adapter tu dalam keadaan yang tak selamat digunakan.

Sumber gambar: https://news.softpedia.com/news/samsung-galaxy-s7-edge-explodes-company-pays-to-repair-owner-s-nightstand-517204.shtml

#Lunagirls juga perlu pastikan ada cop SIRIM sebab itu membuktikan yang adapter tersebut selamat digunakan tanpa perlu risau bahaya. If let say korang pengguna iOS, tak semestinya kena pakai adapter keluaran Apple. Boleh je guna jenama lain, asalkan ia original dan bukan fake.

Let say kalau korang tengah guna adapter yang fake dan rasa panas dekat bahagian atas tu, please jangan gunakan dah sebab waktu tu aliran arus elektrik mengalir dengan tinggi. Takut nanti akan alami renjatan elektrik.

via GIPHY

Ingat ya, jangan sebab tak nak keluarkan duit sampai sanggup korbankan nyawa. Kumpul duit sikit-sikit supaya nanti one day korang boleh beli adapter yang original. 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Amaran Apps Palsu Untuk Pengguna Android!

Termenung Buat Imaginasi Lebih Tinggi?