in ,

Kenapa Tak Patut Try Makeup Tester Terus Di Muka?

Sumber gambar: @ainaa_lunaria

Weh Ikin! Kau rasa warna lipstick ni kena tak dengan aku? Kejap, aku nak try pakai dekat bibir.

Erra! Kau jangan berani sangat pakai makeup tester, bahaya tau!

Euwhh, please girls jangan try makeup tester dekat muka korang. Kalau nak tahu shade yang mana sesuai dengan kulit korang, calit di tangan sahaja. Just imagine, once makeup terutamanya lipstick dah dibuka daripada plastik, berapa ramai customer yang dah cuba pakai. Kemungkinan untuk bakteria dan kuman singgah di lipstick itu sangat tinggi. Dan sudah ada kes seorang wanita terkena jangkitan di mulut akibat memakai makeup tester.

FYI, herpes ialah sejenis jangkitan bakteria yang akan menghasilkan nanah pada kulit. Jangkitan itu disebarkan melalui sentuhan dari kulit ke kulit, bercium atau hubungan seks. Pembawa virus ini menghidap jangkitan tersebut boleh menyebarkannya melalui tuala, cawan, pemotong kuku dan juga lipstick.

Cara yang boleh korang elakkan daripada terkena jangkitan ini kalau rasa tak tahan sangat nak cuba makeup tester dekat drugstore ialah dengan cara…

  • Jangan try mana-mana makeup tester dekat kulit wajah, cukup calit di tisu atau tangan sahaja.
  • Minta individu sample, contohnya mini lipstick yang boleh dibawa balik. Tapi biasanya kalau yang mini lipstick ada untuk sesetengah jenama sahaja. Kalau dekat drugstore biasa, tak ad sebab kebanyakannya hanya menyediakan makeup tester sahaja.
  • Jangan cuba makeup tester dekat kawasan berhampiran mata, mulut atau hidung.
  • Jangan pakai makeup tester dekat kawasan yang ada luka.
  • Makeup tester akan lebih tercemar pada weekend sebab that time ramai orang akan singgah shopping barang baru.

At the same time, ada juga cara lain yang korang boleh ikut which is:

BERSIHKAN MAKEUP SAMPLE

Before korang cuba apa-apa makeup tester, ada baiknya kalau dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan alcohol khas untuk makeup. Bahagian yang perlu korang bersihkan ialah di mulut botol, pump atau penghujung tube. Biasanya sisa makeup akan tersimpan di bahagian penutup dan di kawasan hujung tube. Confirm banyak bakteria dekat situ sebab banyak makeup yang tersimpan. Let say korang tak ada makeup alcohol, kita boleh pakai tisu basah.

JANGAN BIARKAN MAKEUP TERLALU LAMA

Image result for lipstick swatch on hand
Sumber gambar: Youtube

Biasanya kalau girls masuk dalam drugstore confirm akan cuba beberapa shade lipstick di tangan. Then akan ambil gambar, masukkan dalam social media, opss! Itukan dah lumrah perempuan, sukar untuk buat pilihan, hehe! Bila dah try, make sure korang terus lap ya. Bukan apa, kalau dibiarkan lama sangat dekat tangan, tak mustahil kulit korang akan terkena infection daripada bakteria dekat lipstick. Double cleanse dengan menggunakan hand sanitizer supaya betul-betul tak ada bakteria.

TENGOK TARIKH EXPIRED

Image result for makeup tester drugstore
Sumber gambar: Collegefashion

Setiap product makeup ada tarikh luput. Sebelum korang cuba apa-apa makeup tester, tengok dulu tarikh luput setiap produk. Tarikh luput setiap beauty product sangat penting sebab kalau dah expired, confirm makeup akan ada bakteria. Lagi pula kalau dah lama sangat dibuka, makeup akan jadi keras, kering dan kotor. Kalau tengok dah kotor sangat, tak perlu untuk korang cuba lagi sebab macam mengundang bahaya.

So dah faham kenapa kita dilarang sama sekali untuk cuba makeup tester terus ke kulit wajah? Tak nak dapat penyakit pelik, jangan mengundang kepada perkara yang akan membuatkan korang terkena ya.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Happy Birthday J-Hope! J-Hope BTS Masih Menyinari Hidup ARMY

5 Sukan Sekolah Yang Wajib Korang Cuba Sertai