in , ,

Kenapa Tak Boleh Sabun Vagina?

Sumber gambar: https://doktersehat.com/vaginismus-vagina-terlalu-rapat/
Sumber gambar: Lunaria.com

Selalunya kalau kita mandi akan bersihkan satu badan.. Bahagian private part seperti vagina and breast pun salah satu bahagian yang paling penting untuk kita bersihkan tau! Tapi tak semestinya korang kena bersihkan bahagian tersebut terutama sekali vagina menggunakan sabun yang dijual dekat pasaran tau!

Kita selalu nampak dekat supermarket atau mana-mana drugstore, akan ada jual sabun pencuci khas untuk vagina. Siap ada pilihan bau sabun pula tu! Padahal sebenarnya kita tak perlukan pun sabun tu. Sebab vagina ialah anggota badan yang paling sensitive sekali dan ia kena dijaga dengan rapi.

Baru-baru ni Dr. Amalina yang juga doktor pakar ada buka sesi soal jawab dengan followers dia dekat Instagram. Since dah ada ruang terbuka untuk tanya, ada seorang netizen ni terpanggil untuk tanya tentang cara pembersihan vagina.

Rupa-rupanya, kita tak perlukan pun sebarang pencuci khas untuk vagina tu sebab kita dilarang sama sekali masukkan cecair asing ke dalamnya. Lebih lagi sabun yang dah bercampur dengan bahan kimia yang lain, at the same time boleh membahayakan vagina kita..

Sumber gambar: http://bukucatatanungu.blogspot.com/2017/12/review-pembersih-wanita-sumber-ayu.html

Kita hanya perlu cuci vagina dengan air biasa tanpa perlu dicampurkan dengan apa-apa jenis sabun pun. Kalau boleh elakkan cecair yang berbau wangi, gel atau pencuci antiseptik masuk ke dalamnya sebab ia akan buatkan pembentukan bakteria dan ganggu level pH bahagian tersebut.

Actually, keputihan atau cecair yang keluar dari vagina tu normal je sebab semua orang lalui benda yang sama. Cuma yang membezakan sama ada ia teruk atau tidak. So lepas ni girls, please jangan pakai apa-apa sabun untuk bersihkan vagina okay! Kalau korang nampak macam ada masalah lain yang muncul, cepat-cepat rujuk dengan pakar!

What do you think?

16 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Perlu Sakitkan Diri Untuk Cantik?

Tee Transform Jadi Awek Burger.