in ,

Kenapa Tak Boleh Minum Air Masak Yang Terbiar Lama?

Sumber gambar; Agrandelife.net

Tengah naik kereta dengan mak, tiba-tiba rasa haus. Nak berhenti station minyak lambat lagi. Tapi dekat seat belakang ada satu botol air yang korang sendiri tinggalkan weekend lepas. Persoalannya, boleh atau tidak kalau kita nak minum air itu?

Nak atau tak nak? Mana satu yang akan korang pilih? Ada certain orang memang tak fikir apa dah, dia terus je minum air tanpa rasa bersalah walaupun air tersebut dah tertinggal beberapa hari tanpa diusik. Actually tak elok sebenarnya kalau kita minum semula air yang telah terbiar lama. Tak kisah sama ada air itu berada dalam botol atau cawan sekali pun. LUNARIA akan list beberapa perkara yang perlu korang ketahui tentang fakta air masak. Check it out guys!

BOLEH SAKIT KALAU SHARE AIR LAMA

Image result for cute tumblr water
Sumber gambar: Tumblr

Korang geng minum air kena bibir pada botol atau geng terus minumair dari botol guna bibir?? Untuk pengetahuan korang, tak kisah sama ada bibir kena dengan muncung botol sekali pun. But no worries, bacteria yang ada hanya bacteria berasal dari mulut korang sahaja. Cuma seandainya korang share air itu dengan orang lain, korang berpotensi untuk dapat jangkitan kuman melalui air sebab dah bercampur dengan air liur orang lain. Sama juga macam korang minum air yang terbiar dalam kereta, boleh jadi air dekat dalam botol dah ada bacteria lain pula.

BOLEH DAPAT E-COLI

Image result for bacteria dalam air
Sumber gambar: Merdeka

Salah satu penyakit yang paling ditakuti sekali ialah E-coli!. Ia boleh tersebar melalui air kerana bacteria ini sering ditemui dalam makanan atau minuman. So, elakkan daripada terkena mulut pada penutup botol waktu minum air ya. Tapi kalau korang memang nak minum sangat air, baik fikir banyak kali. Risau banyak bacteria dah ‘lahir’ waktu air itu ditinggalkan.

BOTOL AIR TERBIAR KENA PANAS

Image result for botol air dalam kereta
Sumber gambar: Sunanofficial

Biasanya kalau jalan jauh mesti akan ada air mineral yang dibeli dekat petrol station betul tak? Korang perasan tak dekat bawah botol ada tulis nombor? Nombor itu menunjukkan kualiti botol itu sendiri. At the same time, sangat merbahaya kalau korang minum balik air dalam botol mineral yang ditinggalkan dalam kereta. Plastik botol itu sendiri tak berkualiti dan bila terkena panas, bahan chemical akan terkeluar serta ‘larut’ dekat dalam air sekali. So, lebih baik jangan minum air yang dah lama ditinggalkan dalam kereta.

JANGAN MINUM AIR YANG DAH BERBAU

Image result for air masak berbau
Sumber gambar: Freemalaysiatoday

Jangan ingat air masak tak ada yang berbau dan rasa pelik ya. Certain air masak yang ditinggalkan lama akan berubah rasa dan berbau. Kalau korang minum pun memang tak ada effect apa-apa pada kesihatan diri, tapi siapa je nak minum air yang rasanya pelik? Korang minum air mineral yang rasa ‘air kelapa’ pun tak sedap betul tak? Persoalannya, kenapa masih nak minum lagi air yang dah lama? Ambil air baru dekat dapur je senang.

Kesimpulannya, kalau air dah lama ditinggalkan lebih baik jangan minum. Lebih lagi kalau dekat dalam kereta yang dah melebihi sehari. Nak selamat, korang minum je air yang baru. Apa pun, jaga kesihatan diri dan sentiasa minum air bersih.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cuti Sekolah Extend Sebab Covid 19, Ini Korang Perlu Buat

Cara Betul Pakai Sabun dan Hand Sanitizer