in ,

Kenapa SPF Penting Bila Beli Sunscreen/Sunblock?

Sumber gambar: https://gizmodo.com/how-sunscreen-works-and-why-youre-wrong-about-it-508910004

via GIPHY

#Lunagirls biasanya sebelum beli sunscreen or sunblock, apa yang korang utamakan? Mesti tengok yang mana murah je kan? Atau korang ni main beli je, asalkan ada SPF? Tak boleh macam tu girls, korang kena la tahu perbezaan kesemua SPF ni, supaya korang boleh pakai mengikut occasion .

APA ITU SPF?

Sumber Gambar: https://www.brilio.net

Bagi yang tak tahu SPF is stands for ‘Sun Protection Factor’ , tujuannya adalah untuk melindungi kulit dari sinar matahari yang panas, kemerahan, sunburn, dan juga skin cancer! SPF juga ada  beberapa level, iaitu SPF 25, 30 dan 50. Setiap level tu pula menunjukkan berapa lama ia mampu melindungi kulit kita.

PERBEZAAN

Sumber gambar: https://pxhere.com/en/photo/547435

Kalau #Lunagirls nak tau, kulit kita hanya mampu bertahan selama 10 minit je tau dekat bawah  matahari, so SPF ni la yang akan melindungi kulit kita nanti.

SPF 25: Bagi girls yang nak keluar sekejap or ke tempat indoors, SPF 25 ni sangat sesuai untuk korang. Sebab ia melindungi kulit korang selama 4 jam 10 minit. Macam mana nak kira?

Ketahanan kulit tanpa SPF: 10 minit

Jumlah perlindungan dengan SPF 25: 10 minit x 25 = 250 minit (4 jam 10 minit)

SPF 30: Tempoh masa untuk SPF 30 ni tak jauh beza sangat dengan SPF 25. Ia boleh melindungi kulit kita selama 300 minit ataupun 5 jam dibawah cahaya matahari. So kalau korang nak pergi beach or nak buat aktiviti outdoor dengan lama, SPF jenis ni tak sesuai tau. Tak pasal-pasal nanti kulit korang terbakar.

SPF 50+: Kalau nak beli sunscreen or sunblock, beli la yang ada SPF50+ sebab ia mampu melindungi kulit kita melebihi 5 jam tau! Lagipun kita tak tau berapa lama kita akan berada diluar, bila dah guna SPF ni, tak perlu la risau lagi tentang sunburn.

Sekarang dah tahukan kenapa SPF mempunyai pelbagai level? Lepas ni korang boleh la decide nak pakai SPF mana before keluar, tak de la asyik complain “pakai sunscreen tapi still kena sunburn”.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Liat Bangun Sahur, “Hantu” Datang!

Checklist Bulan Ramadhan