in ,

Kenapa Remaja Perlu Minum Susu Dan Makan Sayur?

Sumber gambar: youtube.com/JennIm

Sebenarnya, untuk pengetahuan korang… walaupun zaman sekarang sudah ramai di antara kita yang sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Masih ramai lagi yang tidak tahu betapa pentingnya untuk menjadikan rutin harian mereka untuk minum susu dan makan sayur setiap hari. Minum susu dan makan sayuran hijau setiap hari adalah salah satu pelengkap dalam diet harian dan kali ini korang kena tahu kenapa pentingnya kedua hal ini dalam hidup.

BERSIHKAN PERUT

via GIPHY

Sayuran hijau yang disertakan sekali dengan pengambilan buah-buahan adalah sangat penting untuk kesihatan perut korang tau! Ini sebab sayur dan buah adalah sebahagian dari proses untuk membersihkan perut korang. Iya lah, kalau korang makan semua benda walaupun dah cukup protein, lemak, karbohidrat dan sebagainya tetapi jika tak makan sayur pun sebenarnya ia tidak mencukupi. Jadi, pastikan korang sentiasa makan sayur okay, kalau tak cuba korang cari gambar usus perut yang kotor sebab tak makan sayur. Euw! Berlumut tau! Korang nak ke perut korang berlumut? 

KUATKAN GIGI DAN TULANG

via GIPHY

Lebih khas kepada khasiat minum susu, susu memang terkenal dengan protein, kalsium dan vitamin yang baik untuk kebaikan tulang tubuh badan kita dan juga gigi. Walaupun ada beberapa orang yang alergi susu, sebenarnya korang boleh minta bantuan pakar kesihatan untuk kenali susu jenis apa yang sesuai dengan korang tau! Tak akan lah nanti orang yang alergi susu, tak dapat zat sebegini pula kan? Cuba korang tengok orang yang rajin minum susu, ramai di antara mereka memang mempunyai gigi yang cantik dan ada tulang yang sihat, setuju tak? Itu belum lagi tengok betapa baiknya tumbesaran mereka.

NUTRISI DAN ZAT UNTUK BADAN

via GIPHY

Minum susu dan makan sayuran ini juga sebenarnya adalah pelengkap yang baik sesuai mengikut diet cukup nutrisi dan zat untuk badan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan suruh kita semua makan mengikut jadual pemakanan yang teratur sebab kalau korang ikut, mesti dari muda sampai tua badan korang akan jarang kena penyakit, muka tak cepat menua, badan sentiasa cergas, otak cerdas dam banyak lagi kebaikan lain tau!

MEMBANTU PENGHADAMAN

via GIPHY

Selain itu, ia juga membantu penghadaman korang dengan sangat baik tau! Ada orang minum susu sahaja dan selepas beberapa jam akan pergi “beri-beri” ke tandas. Ada juga yang selepas makan sayur pun sama. Jadi, disini korang pun mesti nampak dengan jelas kan? Bahawa susu dan sayur ini antara sumber makanan yang memang terbaik untuk penghadaman dan mudah sangat untuk korang yang ada masalah sembelit dan tidak lawas.

DIET DAN SUMBER TENAGA YANG BAIK

via GIPHY

Susu dan sayur juga adalah diet dan sumber tenaga yang paling baik. Untuk pengetahuan semua, kalau korang makan banyak mana pun sayur, ia tidak akan pernah bertukar menjadi lemak tau! Dan kalau korang minum susu pula, ia memang cukup mengenyangkan dan mampu beri tenaga yang sangat baik untuk kita jalani aktiviti seharian.

Jadi, korang semua selepas ini boleh lah mula rajin kan diri dan belajar untuk minum susu dan makan sayuran hijau ya! Sebenarnya, semua hal ini adalah masalah kecil sahaja dan kalau korang tak pernah cuba, sampai bila-bila lah korang tidak akan makan dan nanti silap-silap korang menyesal tau di kemudian hari. Walau apa pun, pastikan korang sentiasa makan makanan dan minuman yang berkhasiat dan jangan lupa bersenam okay! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Korang Single? Ini Cabaran Menanti Korang…

Bakal Ada Wayang Drive-In Pertama Di Malaysia