in ,

Kenapa Rambut Kembang?! Tolong…..

Sumber Gambar: https://www.pinterest.com

Happy weekend girls! Haa, dah Mandi ke belum? Cuci rambut tak harini? Kalau cakap pasal rambut, semua gadis nak rambut yang cantik.. tak kira yang free hair atau bertudung! Dan nak jaga rambut tak semestinya Kita kena selalu pergi salun dan pakai produk itu dan ini… Kita guna bahan natural pun boleh buat rambut berkilau dan sihat. Jom Ummi ajar korang!

SANTAN

Sumber Gambar: https://www.vemale.com

Selalunya santan digunakan untuk buat masak lemak ayam atau nasi lemak.. Tapi #Lunagirls tahu tak yang santan mempunyai vitamin E dan asam lemak sihat yang baik untuk pertumbuhan rambut tau! Korang cuma perlu lumur je santan dekat rambut, biarkan Selamat 10 gingham 15 minit dan terus bilas! Nanti rambut korang akan shine bright like a diamond gituu!

LEMON JUICE

via GIPHY

Buah lemon ada banyak khasiat! Selain boleh dibuat jus dan merawat kulit, lemon pun boleh mengilatkan rambut tau! Caranya sangat mudah, korang letakkan perahan jus lemon ke dalam botol spray dan spray terus rambut sebanyak tiga hingga lima kali sehari. #Lunagirls boleh lakukannya selama 2 minggu berturut-turut!

KAYU MANIS

Sumber Gambar: http://mrtengkuasmadi.com

#Lunagirls nak tahu tak kayu manis ni banyak manfaatnya tau.. bukan je sedap untuk buat roti je! Korang hanya perlu letakkan serbuk kayu manis ke dalam conditioner sebelum dilumurkan ke kepala dan biarkanlah selama 4 jam dan bilas! Rambut Korang akan lebih sihat dan kuat..

MADU

Sumber Gambar: http://aceh.tribunnews.com

Kalau nak rambut lembut dan tak bercabang, #Lunagirls gunalah madu! Takut melekit kalau guna madu? Sebab tu lepas satu pada rambut, sangat penting untuk kita bilas bersih-bersih sehingga hilang kesan madu pada rambut! Cara penyediaannya, #Lunagirls campurkan madu dengan air atau sapu je madu ke rambut dan tunggu sejam atau dua jam dan terus bilas!

CHAMOMILE

Sumber Gambar: https://www.healthline.com

Ah! Sedapnya dapat minum chamomile tea ni… Dan yang penting elok untuk rambut juga! Kalau ada lebihan air teh chamomile, jangan buang! Korang boleh letakkan ia ke dalam botol spray dan spray pada rambut.. Lebih pekat teh, lagi bagus untuk rambut tau!

Mudahkan #Lunagirls? Kebanyakan bahan dalam senarai ada tersedia di rumah.. Korang boleh cuba buat sekarang! Kalau rambut sihat dan berkilau, jangan lupa flip hair okay! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fun Fact BTS #Lunagirls Kena Tahu!

Guna iPhone Tapi Tak Tahu Tricks Ni?! #Noob