in ,

Kenapa Ramai Suka Tengok Kartun Walaupun Dah Besar

Sumber gambar: Pinterest.com

Nak tengok K-Drama ke? Cerita hantu? ke nak tengok cerita aksi? Hmm.. Tengok kartun sajalahhh..

Nak tanya sikit, korang layan lagi tak Spongebob atau The Adventure Time? Atau korang dah tak layan kartun? Kami tak judge pun, sebab kami di LUNARIA sendiri pun suka tengok cerita kartun!!  Dan sebenarnya ramai orang dewasa yang suka tengok kartun.. Tak semestinya budak berumur 12 tahun ke bawah sahaja boleh layan kartun, kita pun boleh! Okay jom kita tengok kenapa masih ramai yang suka tengok cerita kartun walaupun diri korang itu dah besar panjang dah pun… 

TAK STRESS

Sumber gambar: Wallpaper Access

Disebabkan cerita kartun kebanyakannya sangat kelakar, sudah semestinya kita yang menonton akan rasa terhibur, betul tak? Iyalah, asyik ketawa sahaja dengan jenaka yang kartun animasi sudah hidangkan pada korang. Stress kita akan berkurangan sedikit dan lepas tengok korang akan rasa lebih bersemangat. Ini kerana kebanyakan cerita kartun memang akan buatkan keyakinan korang meningkat sebab karakter dalam cerita kartun yakin dan bersemangat dengan diri sendiri.

EMOSI MENDALAM

Sumber gambar: China Daily

Jalan cerita kartun pun kadang-kadang sedih kalau nak dibandingkan dengan karakter yang dilakonkan oleh manusia seperti kita. Bila tengok kartun, ada bunyi sedih, latar belakang yang sedih dan lain-lain. Lepas itu, kalau ada karakter kartun yang mati, sedihnya bukan main-main ya! Sampai ada yang tak boleh tidur malam sebab terkesan.. 

SIMPLE DAN MENARIK

Sumber gambar: Polygon

Selalunya, cerita kartun ada jalan cerita yang sangat simple dan menarik. Kita yang tengah tonton pun rasa senang nak faham jalan ceritanya sebab konflik cerita kartun biasanya sedikit sahaja. Kalau lepas ada konflik pun, akan ada side character yang akan bantu kawannya iaitu si hero dalam cerita kartun itu. Jadi tak perlu fikir secara deep untuk faham jalan cerita mereka. 

NOSTALGIA

Sumber gambar: Deen of Geek

Nostalgia zaman kanak-kanak kita akan terimbau kembali sebab cerita pertama yang parents kita akan hidang untuk sajian mata kita waktu kecil adalah kartun. Kita akan layan kartun sampai umur 12 tahun dengan kerap sebab tempoh itu adalah tempoh yang mana kita tak boleh sangat dapat tengok cerita romantik, seram, aksi dan lain-lain dengan banyak. Jadi, nak feeling semula zaman kanak-kanak riang, kita akan khatamkan semula semua cerita kartun. Sekarang ini lebih mudah sebab tinggal cari search di YouTube, terus ada. 

SENI ANIMASI

Sumber gambar: Bustle

Ini adalah part paling penting sebab animator yang sangat hebat dan function dalam melukis setiap karakter, latar belakang dan lain-lain yang menaikkan lagi seni karya cerita kartun. Dalam seni animasi ini juga, warna setiap sudut dalam cerita kartun juga beri kesan kepada semua penonton dan oleh sebab itu kalau korang perasaan warna kartun kebanyakan mesti ada warna kuning. Wow!!! Kuning buat sis pening! 

Betul tak kalau kami cakap yang ini antara faktor utama kenapa masih lagi ramai antara kita yang suka sangat tonton kartun? Ala, kalau ada yang kata korang ini masih macam budak-budak sebab suka kartun, kata saja pada mereka “Hey, you got no fun!” Lepas itu, cuit dan paksa dia teman tengok sekali cerita kartun itu. Mesti nanti lama-lama mereka dalam diam suka tonton kartun!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hadiah Untuk Oppa K-Idol Kesayangan

Post Gambar Rambut Karat, Netizen Gelar Rempit