in ,

Kenapa Ramai Peminat Sayang Andi Bernadee

Sumber gambar: gempak.com

Kemana kau pergi, ku masih mencarimu… kemana kau hilang… um bae… bae…

Siapa saja yang tak kenal dengan Andi Bernadee, betul tak? Ramai yang kata dia ini artis BBNU padahal untuk pengetahuan korang umur dia dah 28 tahun tau dan birthday dia baru saja disambut pada 30 November lalu. Kalau korang nak tahu juga, Andi Bernadee ini sebenarnya ramai sangat peminat yang sayang dekat dia. Nak tahu sebab apa, jom kita tengok apa alasan kenapa ramai peminat Andi Bernadee sayang dia.

ONLINE BF

 

View this post on Instagram

 

U have me . 😬 #VR

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on

Macam kita tahu, Andi Bernadee suka sangat buat video yang kononnya dia ini boyfriend kepada seseorang. Dengan cara manja, sweet, romantik dan gentleman dia di Instagram, memang ramai sebenarnya perempuan yang tercyduk dan melting dengan #OnlineBF video yang Andi selalu post itu betul tak? 

KELAKAR

 

View this post on Instagram

 

Saya nak basahkan kepala je tauu , kepalaaaa @indahruhaila @sharifftaufik

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on

Selain itu, Andi Bernadee ini pun seorang yang disayangi peminat dia sebab dia seorang yang kelakar. Kalau korang tengok banyak saja video di media sosial Andi Bernadee yang memang kelakar dan menghiburkan semua orang dari buat muka sengal sewaktu dengar lagu dan kalau korang tengok video di Instagram Live Andi buat baru ini iaitu dimana dia unboxing birthday gifts dia itu memang kelakar tau

PANDAI NYANYI

Yang satu ini memang sudah terang lagi nyata! Sebab dia ini popular dari zaman Smule, jadi sudah pasti dia memang pandai menyanyi! Betul tak? Lepas itu, semua lagu dia tak pernah tak hit langsung di negara ini. Suara Andi Bernadee memang best untuk didengar dan buatkan dia ramai peminat dari pelbagai golongan umur suka dengan dirinya. Hehe

FANS SERVICE TERBAIK

Siapa yang memang peminat Andi Bernadee dan selalu turun untuk beri sokongan pada Andi, mesti korang akan nampak semua peminat akan berkumpul dan Andi Bernadee akan join sekali untuk bergambar dengan mereka. Pegh! Nampak tak? Walaupun dah penat buat persembahan dan menari, dia on saja layan peminat dia! Memang sweet sungguh Andi Bernadee ini, patutlah ramai Andidears sayang! Haha

RAJIN LAYAN PEMINAT

Sumber gambar: Pikdo

Di laman komen, di Instagram Live dan banyak kali juga kita selalu nampak Andi Bernadee ini memang rajin layan peminat. Ramai yang cakap Andi Bernadee antara salah seorang penyanyi yang humble. Hmm, sebagai salah seorang peminat Andi Bernadee, Zoe harap dia kekalkan diri dia yang humble itu. Hehe! Iyalah, manalah tahu manusia kan boleh berubah! LOL

Nampak tak? Disebabkan semua alasan ini, Andi Bernadee memang disayangi semua peminat dia. Dia bukan sahaja, seorang yang baik dengan peminat tapi dia pun seorang yang sentiasa hiburkan hati peminat dia dengan lawak dia yang entah apa-apa itu. Dan korang semua mesti dah tengok kan reveal video siapa pembunuh dalam MV Hello lagu dia dan Ismail Izzani itu? Awalnya ramai tuduh Andi Bernadee pembunuh dalam lagu Hello disebabkan beberapa teori dari lagunya sebelum ini da MV versi Andi tapi akhirnya terbukti bukan Andi yang bunuh. Kalau korang belum tengok pergilah tonton sekarang! Geram saja tengok tau! Haha! 

What do you think?

18 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Barang Yang Korang Boleh Shopping Setiap Kali Tarikh Cantik – 12.12, 7.7, 3.3…

Mitos Tentang Rambut Kita Selalu Dengar