in ,

Kenapa Ramai Gilakan Playstation 5 Ni?

Sumber gambar: tweaktown.com

Good news kepada semua gamers tak kira perempuan atau lelaki! Korang mesti dah excited nak beli Playstation 5 betul tak? So far tak nampak lagi sesiapa yang dah beli PS5 tapi ada yang dah mula letak deposit untuk booking. Mesti best kalau dapat beli PS5 lebih lagi kalau guna duit sendiri, lagi nikmat bila nak main game.

Kalau korang perasan dekat media sosial sekarang bukan ramai lagi para boyfriend dan suami seakan-akan ‘memujuk’ pasangan masing-masing untuk membenarkan mereka membeli PS5 atau dapat hadiah PS5. Cuba korang tengok abang korang,  mana tahu mereka pun tergolong dalam golongan para suami yang sedap memujuk isteri ke, haha!

Selepas didedahkan rupa bentuk konsol Playstation 5 (PS5) pada 12 Jun yang lepas, ia sudah menjadi sebutan ramai dan masuk ke dalam mimpi ramai kaum lelaki yang pasti. At the same time, Sony juga memberi bayangan kepada peminat setianya dengan penambahan permainan baharu yang akan hadir bersama dengan konsol kegemaran ramai itu. ‘Body‘ PS5 sendiri akan kelihatan berwarna hitam putih yang mana menggambarkan sisi elegan yang ada pada konsol tersebut.

View this post on Instagram

An up-close look at the PlayStation 5 hardware lineup. Coming Holiday 2020.

A post shared by PlayStation (@playstation) on

Antara beberapa permainan baharu yang bakal hadir sama dengan PS5 ini ialah Resident Evil Village, Hitman III, Project Athia dan juga Solar Ash. Nampaknya permainan baharu ini memang betul-betul akan memikat hati ramai peminat ya. Rasanya last Ainaa main Playstation ialah ketika keluaran Playstation2.. sekarang dah sampai PS5 ya.

Korang perasan tak yang rekaan untuk PS5 kali ini betul-betul lain daripada rekaan yang ada sebelum ini. Tema yang dibawa untuk PS5 ini ialah ‘The Future of Gaming Show’ which is rekaannya yang sangat jauh berbeza dengan keluaran yang sebelum ini. Warnanya pun agak menarik perhatian dan rekaan yang lain daripada lain. Disebabkan itu PS5 menjadi sebutan ramai lebih-lebih lagi harga dan tarikh official ia akan keluar ke pasaran Malaysia.

View this post on Instagram

Your first look at the #PlayStation5

A post shared by PlayStation (@playstation) on

Apa yang lebih menarik lagi ialah konsol ini akan datang bersama dengan beberapa lagi gadget yang lain iaitu kamera digital, alat kawalan media dan wireless headphone! At the same time ia juga bakal menyokong penuh resolusi 4K menerusi pemacu versi mahal iaitu Ultra HD Blu-ray drive! Bukan itu sahaja, ia juga bakal didatangkan sekali dalam bentik Digital Edition yang tidak akan mempunyai disc drive. Maksudnya PS5 kali ini up to date sangat. Kalau dapat main di rumah waktu PKPP ini memang function ya guys.

Walaupun Ainaa tak berapa tahu sangat tentang PS5 ni tapi lepas banyak baca tentang PS5, terus rasa macam amaze dengan produk yang dihasilkan oleh syarikat Sony. For those yang tak tahu nak belikan apa untuk ayah korang sempena Hari Bapa, boleh belikan PS cuma kena minta ayah bersabar la untuk dapatkan hadiah sebab kita sendiri tak tahu lagi bila ia akan keluar ke pasaran Malaysia.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bapa Sporting, Anak Instagram Famous & TikTokers Hot!

Ayat Yang Perlu Dielakkan Untuk Kekal Positif