in ,

Kenapa Ramai Gigih Dress Up Demi ‘Fake Picnic’ Photoshoot

Sumber gambar: Twitter @Yaya2xx / Twitter @nurinsfyaa

Sekarang ini tengah trend picnic di taman dan tepi pantai… Macam best je kalau dapat OOTD sekali, maklumlah PKP tak boleh picnic.

Sekarang ini tiba-tiba sahaja jadi trend picnic sana sini, walhal sebelum ini mana ada sangat orang picnic dalam keadaan panas terik. Tapi sekarang ini pantang ada kawasan luas untuk beriadah, mesti akan jadi port picnic. Biasa orang picnic tepi pantai ke, tapi sekarang ini di taman rekreasi pun onz juga tau! Lebih lagi di Taman Saujana Hijau Putrajaya, sebelum ini orang pergi ke sana hanya untuk jogging atau ambil gambar sahaja, tetapi sekarang ini dah jadi port picnic pula.

Bukan setakat di situ, banyak lagi port yang sebelum ini sendu tapi sekarang sudah menjadi tarikan umum. Tetapi ada satu lagi trend lain daripada lain iaitu ‘fake picnic’. ‘Fake picnic’ ini merupakan aktiviti santai yang menjadi kegemaran anak muda bersama rakan-rakan mereka. Apa yang best tentang ‘fake picnic’ ini ialah apabila mereka akan bersiap dengan begitu cantik mengikut tema yang telah dipilih. Nanti bila ambil gambar, hasilnya akan menjadi sangat cantik sebab pakaian semuanya lebih kurang sama.

Biasanya aktiviti ini akan diadakan dekat kawasan padang atau mana-mana kawasan yang dibuka untuk orang awam. Ada je yang picnic dekat pantai tapi pantai kan panas, tak ada banyak pokok. So kalau pergi ke taman, banyak pokok yang boleh kita berteduh dibawahnya sambil bentang tikar bersama makanan yang dah dibawa.

View this post on Instagram

P i c n i c D a y 🌤🤍

A post shared by 🆈🅰🆈🅰 💓 (@yaya_2xx) on

Kalau picnic mesti kita akan bawa banyak makanan supaya semua orang boleh makan dengan kenyang. Tetapi disebabkan ini ialah ‘fake picnic’, makanan yang ada adalah terhad dan makanan harus la mengikut tema juga ya. Takkan tema picnic ala-ala musim panas tapi ada lauk udang masak sambal petai, mesti la makanan pun yang simple dan mudah untuk dibawa. Kita kalau picnic mesti rasa nak masak nasi lemak, bihun goreng atau apa sahaja makanan berat. Tetapi untuk ‘face picnic’ makanan yang ada hanyalah makanan simple seperti pizza, kek, brownies, buah-buahan dan macam-macam lagi la asalkan ia makanan simple.

Kenapa sampai macam itu sekali? Ia la, nama pun ‘fake picnic’, mesti la kena macam tu sebab ‘we do it for the gram’. Sambil tu boleh la OOTD bersama makanan yang dibawa… Sebab itu la kenapa makanan perlu simple supaya mudah dibawa dan camtik bila dalam gambar. Tapi sebenarnya itu hanya la yang dipaparkan di dalam gambar, realitinya mesti la akan ada makanan tambahan yang lain. Takkan la gigih sangat bersiap cantik-cantik macam itu dan berpanasan bawa makanan, end up makan makanan yang tak mengenyangkan pula? Satu hal lepas settle picnic kena cari MCD pula untuk isi perut yang lapar dan sejukkan badan yang kepanasan.

Tapi idea ‘fake picnic’ ini bagus juga, at least dapat la berkumpul dengan kawan-kawan even dalam masa sekejap sekalipun. Bonus point pula bila masing-masing berpakaian sama tema dan semunya nampak bergaya! Boleh la sematkan memori bersama since dah lama tak berkumpul dengan kawan-kawan kan.

Actually tempat nak picnic ini tak kisah pun dekat mana, even dekat luar rumah pun boleh juga. Antara korang kreatif untuk jadikan picnic itu menjadi lebih menarik atau tidak sahaja.

Pssst: Ini la masanya untuk ajak crush korang join picnic sekali. Baru la boleh suai kenal dengan dia, hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fakta Dan Mitos Smartphone Korang Kena Tahu

‘Demam’ BLACKPINK Belum Reda, BLINK Kena Get Ready Sekali Lagi!