in ,

Kenapa Punggung Boleh Leper?

Sumber gambar: https://www.glamour.com/story/jeans-that-flatter-butt

Ramai yang idamkan untuk ada punggung yang menawan, ala macam Kylie Jenner tu.. Tapi korang sedar tak,yang sebenarnya rutin harian kita boleh menyebabkan aset tu leper dan tak cantik.. Ahli terapi Abby Bales mengesahkan yang semakin lama seseorang tu duduk tanpa bergerak, lebih berisiko untuk memiliki punggung leper..

SEBAB PUNGGUNG LEPER

Sumber gambar: Ismailahmad.com

Nenurut The New York Post, duduk 24/7 boleh merosakkan otot glutes. Bukan tu je, ia juga boleh menurunkan tekanan darah, serangan jantung, kemurungan dan mungkin ada masalah postur badan. Puncanya mungkin simple, ye la kita duduk je kan? Tapi masa akan datang, maybe boleh ada masalah kesihatan..

Selain tu, duduk terlalu lama pun boleh menyebabkan punggung leper. Nak nak kalau duduk berjam-jam. Kalau korang ni pulak jenis yang malas nak bangun, lagi la senang dapat punggung leper. Mana tidaknya, nak air, adik yang ambilkan, nak remote control pun suruh abang ambil..

CARA NAK ELAK PUNGGUNG LEPER

via GIPHY

Kata Bales, kalau nak elakkan punggung leper ni, why not 5 minit setiap jam korang berjalan di sekitar kawasan.. Ia boleh meningkatkan keanjalan pinggul korang dan aktifkan otot pinggul supaya tak leper.. Dalam kelas tu, sementara tunggu Cikgu masuk kelas, korang berjalan-jalan dulu, tapi jangan pula singgah meja kawan membawang pulak, hihi…

Tak pun korang boleh duduk tegak, letakkan kusyen pada separuh belakang kerusi.. Especially waktu nak study tu.. Nak buat senaman pun boleh, sekarang kan ada banyak senaman yang boleh cantik kan punggung. Ala tak lama pun buat, hanya 15 minit je.. Lagipun kalau korang buat senaman, ia boleh meredakan tekanan mental dan fizikal.. So tak korang stress sangat sebab mengadap buku je.

via GIPHY

Macam mana girls, sekarang dah tau kenapa punggung korang leper kan? Haa, lepas ni boleh la amal kan senaman dan elakkan duduk terlalu lama..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Game Menarik Bila Sleepover Dengan Squad!

Jangan Sedih Kalau Boyfriend Curang, Buat Je Macam Ni…