in ,

Kenapa Pluto Bukan Lagi Termasuk Dalam Planet?

Sumber gambar: www.fieldmuseum.org

Korang semua mesti dah tahu yang Pluto ini bukan lagi sebuah planet kan? Kalau dulu kita selalu belajar yang Pluto adalah salah satu daripada planet. Akan tetapi pada tahun 2006, semua astronomi telah bersepakat untuk menetapkan bahawa Pluto bukan lagi sebuah planet atas dasar beberapa faktor. Walaupun benda ini ramai dah tahu, tetapi tidak salah pun kalau kita nak ambil tahu lagi tentang faktor kenapa ia sudah tidak lagi dari salah satu planet sebab mesti masih ada lagi yang tidak tahu kan? 

Sumber gambar: forbes

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya Pluto ini bila diperiksa semula kedudukannya, astronomi dapat tahu yang ia tidak cukup syarat untuk jadi sebuah planet. Antara syarat pertama atau ciri-ciri planet adalah ia bersifar mengorbit atau mengelilingi matahari. Jadi, jalur orbit itu adalah satu lintasan planet semasa mengelilingi matahari atau lebih dikenali sebagai orbit. Pluto ini pula, dia sebenarnya dah orbit matahari dan berbentuk bulat akan tetapi kerana tidak cukup syarat yang mana dia tidak membersihkan lingkungan orbitnya di ruang angkasa. Pluto tidak boleh tergolong sebagai planet.

Sumber gambar: falak online

Seterusnya, antara alasan kenapa ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah planet lagi sebab dia sudah memotong jalur orbit dengan benda lain. Syarat planet juga adalah jalur orbit mesti jelas dan tidak berkongsi dengan benda lain. Malah, disebabkan Pluto ini sudah  memotong jalur orbit Neptun, kalau korang perhati kan, kedudukannya jalur dia senget dan tidak sama seperti kedudukan planet lain. Dalam gambar ini, korang boleh lihat yang orbit Neptun dalam kedudukan berwarna biru dan Pluto berwarna ungu.

Sumber gambar: quora

Mesti korang wonder apa status Pluto sekarang ini kan? Buat masa ini ia ditetapkan sebagai ‘planet kerdil’  atau masih tidak pasti lagi sebab rasanya status Pluto itu masih lagi dalam kajian para astronomi. Korang mesti tertanya-tanya juga kan? Tak apa kita tunggu dan lihat sahaja. Bila fikir balik memang unik sangat kan? Hehe!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ayat Yang Perlu Dielakkan Untuk Kekal Positif

Ini Sebab Kenapa Korang Kena Tengok Milea: Suara Daripada Dilan