in ,

Kenapa Perlu Study Smart, Bukan Study Hard?

Sumber gambar: https://research.steinhardt.nyu.edu/site/ataglance/2017/03/asian-american-students.html

Tak lama lagi musim peperiksaan akan tiba. #Lunagirls semua dah prepare untuk jawab exam nanti? Korang semua study macam mana? Selalunya balik daripada sekolah, rehat dan petangnya akan pergi kelas tambahan ke? Selepas itu, korang study semula balik dari kelas tambahan? Kalau ya, kuat betul awak study! Tapi ingat tau apa yang penting adalah study smart, bukan study hard. Ini antara alasan kenapa #Lunagirls perlu study smart.

MUDAH FAHAM

Sumber gambar:

Bila awak study smart, awak tidak akan ada masalah untuk memahami subjek yang awak belajar. Ini kerana korang tak terlalu push diri untuk fahamkan subjek itu. Selain itu juga, bila korang ada banyak masa untuk fahami subjek tersebut, waktu exam nanti korang senang nak selesaikan flow dan masalah dalam soalan yang diberikan nanti. Sebab fahami subjek lebih bagus daripada hafal jawapan sebiji-biji tau..

SENANG JAWAB

Sumber gambar:

Jika dari awal korang dah faham subjek itu, automatik korang akan senang jawab. Ini sebabnya kenapa perlu fahamkan subjek daripada menghafal. Bukan nak cakap menghafal itu salah tapi adalah lebih baik kita faham dan hafal secara seimbang.. Nanti tak adalah terlalu nervous waktu jawab peperiksaan nanti.

TENANG

Sumber gambar:

Antara alasan penting kenapa study smart ini lebih baik daripada study hard  adalah tenang semasa hari dan waktu peperiksaan tiba. Bila terlalu nervous untuk jawab exam, possibility pemikiran korang nak bercelaru itu lebih tinggi sebab kebanyakan yang study hard korang terlalu gunakan banyak masa dan menjadikan fizikal korang letih sewaktu hari peperiksaan. Sebenarnya terlebih gunakan badan dan fikiran pun tak elok ya.

CUKUP BERSEDIA

Sumber gambar:

Ya! Ini memang betul bila korang study smart biasanya masa dan pola belajar korang lebih stabil. Tidur korang pun sangat cukup dan waktu nak ambil exam nanti tak ada ah terlalu letih. Bila letih, risau korang tertidur dalam dewan dan nanti bila dah tak sempat jawab, sia-sia saja selama ini korang study hard tapi sebab tak cukup tidur, exam pun melayang. Hehe! 

Jadi selepas ini buatlah persediaan yang bijak dengan study smart bukan study hard ya kawan-kawan! Jangan terlalu rushing macam semua benda itu perlu dikejarkan. Apa yang penting ilmu yang korang belajar itu perlu difahami sebab kalau faham, korang akan ingat ilmu itu sampai bila-bila which is lebih bagus untuk kita.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Trend Phone 3 Kamera Selain iPhone 11

Shawl VS Bawal. Girls Suka Pakai Mana Satu?