in ,

Kenapa Perlu Sakitkan Diri Untuk Cantik?

Sumber gambar: https://www.skintour.com/fillers-botox-injectibles/botox-dysport/botox-mistakes-and-how-to-fix-them/

Zaman sekarang ni semua orang nak cantik, nak putih tapi tak fikir kesan negatif yang bakal dilalui.

Ada certain orang sanggup consume supplement untuk dapatkan badan yang diimpikan. Girls please, jangan sampai sanggup gadaikan diri ya. Since sekarang ni tengah musim semua orang nak cantik, Ainaa akan share dekat korang beberapa produk kecantikan yang nampak simple tapi sebenarnya sangat bahaya untuk diri kita.

PUTIHKAN KULIT

Sumber gambar: https://www.skintour.com/fillers-botox-injectibles/botox-dysport/botox-mistakes-and-how-to-fix-them/

Nak putih macam mana lagi? Macam plastik bag lutsinar ke sis? #Lunagirls pernah dengar kisah orang masuk ICU sebab overdose produk pemutih tak? Effect ubat putih ni memang takkan nampak terus tapi nanti lama kelamaan ia boleh mendatangkan bahaya tau! Sebab ia boleh jejaskan buah pinggang kita. Please jangan mudah terperdaya dengan iklan krim pemutih atau cucuk vitamin C okay girls?

PRODUK WANITA TAMBAHAN

Sumber gambar: https://profhariz.com/10-kelebihan-jamu-tradisional-untuk-wanita/

Produk ni biasanya orang yang nak kahwin je la akan ambil. Tapi for teenage girls, tak perlu pun sebab korang tak perlukan benda tu pun. Tak cukup dengan produk perapat, tambah pula dengan jamu yang dijual dekat pasaran. Jangan pula dibandingkan dengan jamu nenek moyang, ramuan yang nenek kita buat adalah daripada bahan semula jadi dan ia tiada bahan pengawet. Jadi kalau boleh, kita elakkan la makan produk tambahan untuk wanita sebab ia tak datangkan manfaat pun.

BESARKAN PAYUDARA

via GIPHY

Korang pernah tengok iklan besarkan breast? Banyak tau produk yang janjikan boleh besarkan breast korang. Biasanya produk macam tu akan claim breast akan jadi lebih besar berbanding yang asal. Dalam ubat pil tu mengandungi hormon yang tinggi, sebab tu ia akan buat breast kita besar. Tapi kesan sampingan hormon akan jadi tak stabil dan kemungkinan kita akan alami gangguan kesihatan yang lain.

GAM BULU MATA PALSU

Sumber gambar: https://cantik.tempo.co/read/770293/9-langkah-agar-bulu-mata-tebal-dan-cantik

Nak mata galak punya pasal, kena la pakai bulu mata palsu tebal macam penyapu.. Dan bila nak lekatkan bulu mata tu mesti la kena letak gam kan? Jangan pula korang guna gam murah semata-mata nak jimat tau! Elakkan pakai gam murah sebab risau kandungan gam tu tak sesuai untuk kulit korang. Lagi takut kalau bulu mata asli tercabut sekali dengan bulu mata palsu. Satu hal bulu mata botak pula sis.

Tak salah nak cantik tu, tapi jangan la sampai sanggup gadaikan diri. Just be yourself je, diri korang yang sekarang pun memang dah cantik. Keep smiling girls!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Welcome Back T.O.P!

Kenapa Tak Boleh Sabun Vagina?