in ,

Kenapa Perlu Ramai Kawan Berbeza Di Sekolah?

Dalam hidup ini, memang sangat tak syok kalau kita sunyi bersendirian dan tak ada kawan. Tak ada boyfriend okay lagi tau, tapi kalau tak ada kawan lagi sedih dan boleh menyebabkan kita tak ada semangat nak pergi sekolah.. #Lunagirls ada ramai kawan tak? Macam Zoe ada ramai sangat kawan sampai tak tahu nak lepak dengan siapa. Hehe! Korang tahu tak kenapa waktu sekolah ini kita perlu ramai kawan? Dan kenapa kita perlu cari kawan dengan perangai yang berbeza dari kita? Ia ada banyak sangat alasan yang LUNARIA akan kongsikan dengan korang kenapa kita perlu ada kawan yang berbeza…

CARI KESERASIAN

Sumber gambar:

Bila perangai korang berbeza, ia akan jadi satu cabaran untuk korang sendiri cari keserasian antara satu sama lain. Selain itu, korang akan jadi lebih saling menghormati antara satu sama lain sebab nak capai tahap keserasian korang bersama. Iyalah, ada orang yang sangat susah nak masuk dengan individu lain disebabkan perbezaan antara diri korang dan ada yang cuba untuk belajar terima perbezaan diri each other.

LEBIH RAPAT

#Lunagirls tahu tak? Disebabkan perbezaan diri awak dan kawan awak sebenarnya boleh menjadikan korang lebih rapat. Kebanyakan Best Friend Forever dalam dunia ini pun memang ramai yang berbeza karakter dan sifat tau! Sebab perbezaan itu yang mampu complete each other! Dan korang boleh cuba explore minat kawan-kawan kita. Contoh dia minat ber-zumba, haa korang boleh cuba zumba sama-sama! SuperDeals ada tawaran untuk kelas zumba, korang boleh klik sini!

MEMAHAMI

Korang akan lebih memahami satu lain disebabkan perangai korang yang berbeza. Ia lebih kurang macam keharmonian dalam satu hubungan friendship koranglah. Ala, konsepnya sama macam agama dan kaum di negara kita. Kita ada banyak agama dan kaum dalam Malaysia tapi kita boleh hidup harmoni tanpa perlu judge orang lain. Ini sebab sifat hormat-menghormati perbezaan itu sudah diterapkan dari dulu lagi. Jadi, Zoe rasa tidak ada masalah untuk #Lunagirls menerima perbezaan kawan korang pun.

via GIPHY

Selepas ini, korang tak perlu pun nak beria memilih kawan sebab setiap kawan-kawan korang ini adalah sangat unik walaupun berbeza dengan korang. Iyalah, korang tak akan tak bosan nak kawan dengan kawan yang perangainya sama saja dengan kita. Ianya tak salah tapi percayalah kalau korang ada perbezaan, serious korang akan lebih bekerjasama dengan baik. Selain itu, ada ramai kawan dengan perangai yang berbeza ini memang menyeronokkan sebab mereka akan tunjukkan sisi mereka yang luar biasa untuk diri korang sahaja. Hehe!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mu’izz Juara ICSYV2 Tak Gila Glamour!

Mula Rasa Malas Belajar? Korang Cuba Cara Ini..