in ,

Kenapa Perlu Mandi Sebelum Tidur?

Sumber gambar: https://www.esquire.com/uk/life/fitness-wellbeing/news/a13343/showering-at-night-helps-you-get-to-sleep-says-science/

Siapa kat sini yang tak suka mandi? Eee busuknya! Haha tak lah Zoe gurau sajalah! Sebenarnya Zoe nak cakap tentang kenapa pentingnya untuk kita semua mandi sebelum tidur sebab sebelum ini Zoe tak sedar pun betapa kita perlu menitikberatkan mandi sebelum tidur dan Zoe pun slumber saja tidur tak mandi dan cuma mandi waktu pagi dan petang saja. Hehe!

KEBERSIHAN

Sumber gambar:

Of course salah satu sebab utamanya adalah kebersihan, iyalah dah seharian keluar buat macam-macam aktiviti kita wajib mandi sebelum tidur. Walaupun korang duduk dan buat aktiviti di rumah pun korang perlu mandi juga tau sebab bakteria di sekeliling korang itu dah melekat pada badan korang, takkan nak ajak tidur sekali kan?

PELUH

via GIPHY

Bila dah bergerak sana sini, confirm berpeluh. Ini sebab walaupun korang duduk dalam aircond, korang perlu tahu tau yang kulit korang pun masih berpeluh walaupun sejuk penghawa dingin itu. Untuk pengetahuan korang juga, waktu kita tidur pun kita berpeluh tau. So, jangan lupa untuk tukar cadar at least sebulan sekali.

RELEASE STRESS

Sumber gambar:

Bila dah mandi, sudah pasti segala kotoran dari badan dan mental korang akan keluar dari setiap liang roma badan korang aicewah! Secara saintifiknya Zoe tak tahu nak jelaskan bagaimana dekat #Lunagirls tapi memang mandi sebelum tidur juga merupakan satu terapi untuk hilangkan stress fizikal dan mental juga tau!

SIHATKAN BADAN

via GIPHY

Bila badan dah bersih, kepala dah rasa ringan, tidur korang pun pasti terjaga dan senang saja nak lelap. Kalau semua dah lengkap begini, confirm korang akan bangun tidur dengan badan yang sihat dan cergas. Selepas itu, semua aktiviti korang pun akan berjalan dengan lancar hanya disebabkan korang menjaga kepentingan mandi ini.

Jadi tunggu apa lagi #Lunagirls? Lepas ini, siapa yang tak suka mandi itu, rajin-rajinlah mandi okay! Tak perlu ambil masa lama pun, lima ke sepuluh minit saja mandi itu. Kalau ada keluarga, kawan-kawan atau saudara yang tak suka mandi sebelum tidur itu, korang bagitahu dia sebab-sebab yang Zoe dah kongsi dekat korang ini ya!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Komen
    • Boleh je awak ^o^ Don’t worry tentang semua mitos mandi malam, sebab ramai doktor yang cakap ia baik. Nak tahu waktu mandi malam terbaik boleh je tanya doktor sebab mereka lebih pakar ^o^

Leave a Reply to aqilah naamy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Perkara Kita Kena Cuba Bulan September!

Jimin Tayang Abs, RM Power English + GIVEAWAY BTS DOLL!