in ,

Kenapa Perlu Biasakan Diri Dengan Budaya “New Normal”

Sumber gambar: www.truedigitalpark.com

Semua orang mesti dah tahu yang sekarang ini dunia sedang berada dalam fasa “new normal” selepas kuarantin yang dijalankan sebab wabak virus Covid 19 yang terjadi. Jadi, bila semua orang dah boleh keluar dan buat beberapa aktiviti seperti biasa secara berperingkat, kita semua jangan ingat bahawa itu adalah green light untuk korang lakukan semua aktiviti seperti biasa tanpa mengikut SOP. Korang masih perlu menjaga jarak, beratur dan tidak boleh berada di tempat yang ramai dan padat, pakai penutup muka dan menjaga kebersihan dan lain-lain. Itu sebabnya memang penting untuk korang biasa kan diri dengan new normal dan ini antara sebab kenapa korang perlu biasakan diri juga dengan new normal ini sampai bila-bila.

ELAK GELOMBANG KEDUA

Sumber gambar: berita harian

Antara sebab utama kenapa pentingnya semua orang mengikut new normal ini adalah bagi mengelakkan gelombang kedua. Kalau korang nak tahu apa yang akan terjadi jika gelombang kedua terjadi, keadaan mungkin boleh jadi lebih teruk dengan penambahan jumlah pesakit. Bukan setakat itu sahaja, malah tempoh kuarantin juga mungkin akan dipanjangkan lagi.

PERKEMBANGAN EKONOMI

via GIPHY

Selain itu, hal ini juga sangat penting sebab new normal ini juga akan menyumbang pada perkembangan ekonomi. Jika korang tengok apa yang terjadi kepada keadaan ekonomi dunia tempoh kuarantin yang lalu. Banyak industri yang terjejas, apa yang terjadi bila terjejas? Ramai yang akan dibuang kerja, ekonomi merosot dan sebagainya. Jadi, bila sekarang ini semua orang dah boleh keluar dan proses jual beli berlaku. Maka sedikit sebanyak ekonomi setiap negara akan pulih dari masa ke semasa.

GAYA HIDUP LEBIH BERSIH

via GIPHY

Memang benar, jika semua orang sudah biasa dengan keadaan new normal. Pasti kita semua akan biasa juga dengan gaya hidup yang lebih menjaga kebersihan diri dan sekeliling. Contohnya, pakai hand sanitizer, cuci tangan, kerap mandi, rajin lap satu tempat jika dah gunakan, makanan pun korang akan pastikan sepenuhnya masak dan lain-lain. 

BELAJAR PATUH DAN DISIPLIN

Sumber gambar: head topics

Seterusnya, melalui new normal juga, kita semua akan belajar menjadi seorang yang patuh dan disiplin dengan arahan. Antara contoh yang mudah adalah korang kena periksa suhu sebelum nak masuk sebuah tempat, isi maklumat korang setiap kali masuk ke satu tempat dan lain-lain. Apa akan jadi, jika ada yang degil dan tidak ikut arahan? Bila just in case terjadinya gelombang kedua, maka proses nak check and track siapa yang berada di kawasan terakhir terjadinya gelombang itu akan lebih rumit dan korang dianggap menyusahkan banyak pihak. Jadi, sila beri kerjasama dengan isi maklumat dengan betul ya.

Dah fahamkan kenapa penting dan kita semua perlu biasakan diri dan beri kerjasama terhadap budaya new normal ini? Sebenarnya, tidak susah pun sebab semua hal ini tak mengambil masa korang yang banyak pun untuk belajar dan biasakan diri. Jadi, pastikan korang semua sentiasa jaga diri dan patuh pada arahan okay! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara Yang Tak Sesuai Dirahsiakan Dengan Parents

Gummy Smile Seperti Jennie BLACKPINK, Ini Yang Korang Harus Tahu