in ,

Kenapa Period Lambat? Normal Ke?

Sumber gambar: Tee LUNARIA

Aduhhh, dah berapa hari bulan dah.. Period tak datang-datang.. Aku sakit ke? Normal ke kalau period tak teratur?

Ada yang pernah alami situasi macam ini? Perut dah sakit, senggugut tak nak kalah, keputihan dah ada tapi masih belum period? Lepas itu, period datang lewat dua tiga hari atau pernah lewat sampai 6 bulan? Fuh, mesti ada yang tengah risau.

Sebenarnya ia normal dan ada banyak faktor kenapa ia terjadi.

Menurut seorang Professor Klinikal bernama Dr Amy Auntry di Jabatan Obstetrics-Gynecology and Reproductive Sciences di University of California, San Fransisco, “Sekurang-kurangnya, 30 peratus wanita mengalami masalah haid tak teratur” Jom LUNARIA kongsikan dengan korang sebab dan cara untuk bantu period kita lebih teratur.

Punca Period Tak Teratur

Sumber gambar: Thehealthy

SENAMAN ATAU DIET EKSTREM

Senaman terlalu ekstrem boleh mengganggu kitaran haid. Kebanyakan atlet mengalami masalah ini. Selain itu, masalah berat badan berlebihan atau badan terlalu ringan boleh menjadi punca period tidak teratur. Dan sebenarnya, diet yang melampau juga menyebabkan masalah ini terjadi sebab bila kita terlalu paksa diri untuk lakukan diet terlalu ekstrem ia memberi kesan pada level hormon kita.

STRESS

Stress atau terlalu risau tentang masalah juga akan beri kesan kepada hormon dan akhirnya mengganggu kitaran period dan buat ia tak teratur. Sebab bahagian otak kita akan terganggu dan akan menyebabkan hormon dihasilkan di dalam badan berkurang dan juga menjejaskan proses ovulasi. Apa yang disarankan, kita perlu jaga level stress dan sentiasa buat diri rasa positif. Sentiasa ceriakan diri dan utamakan diri kita dahulu!

 

 

Sumber gambar: Defimedia.info

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

Keadaan kesihatan ini disebabkan oleh kehadiran cyst kecil yang terhasil di ovari, dan ia akan mengganggu period. Wanita dengan PCOS kebiasaannya mempunyai sejarah haid tak teratur. Selain daripada mengganggu kesuburan, PCOS juga meningkatkan risiko diabetes dan kesihatan jantung. Jadi, jika period awak sebelum ini teratur dan sekarang tidak lagi, amatlah digalakkan untuk berjumpa dengan doktor pakar gynaecology. INGAT, jangan takut untuk jumpa doktor!

via GIPHY

FAKTOR UMUR

Bagi remaja yang baru saja mula haid, period tidak teratur adalah normal sebab sukar untuk mereka mendapat kitaran haid normal setiap bulan. Ia mengambil masa beberapa tahun sebelum haid itu normal. Dan, jangan pening-pening jika period awak tidak sama Β kiraan cycle dengan kawan sebab setiap orang mempunyai kitaran haid yang berbeza.

PENYAKIT LAIN

Masalah throid juga boleh menyumbang kepada haid tak teratur kerana hormon thyroid tidak stabil- menaik atau meningkat. Selain itu, adalah penyakit kelamin, kencing manis, fibroids, cara makan yang salah dan endometriosis juga antara jenis penyakit yang mengakibatkan haid tak teratur. PENTING untuk sentiasa mendapat nasihat pakar jika awak ada keraguan tentang kesihatan diri.
Ada banyak punca haid tak teratur.. Jangan risau dan panik! Ramai girls mengalaminya dan setiap orang ada masalah yang berbeza. Jangan bandingkan keadaan diri kita dengan orang lain, nanti lagi stress sebab overthinking. Just relax and enjoy your day. Kalau selepas 3 bulan period masih tak tiba, AJAK MAK JUMPA PAKAR. Jangan takut, awak tidak keseorangan.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Musim Banjir Hampir Tiba, Selamatkan Barang Ini Dulu

Dah Ready Nak Masuk Alam Remaja? Ini Perkara Korang Akan Lalui