in ,

Kenapa Orang Tak Berani Ucap I Love You Pada Orang Tersayang

Sumber gambar: byeolkorea.com

Tipu kalau kita nak cakap yang semua individu dalam dunia ini tak ada perasaan sayang pada seseorang. Tak kisahlah keluarga ke, kawan ke, kekasih ke, cikgu ke dan sesiapa sahaja boleh jadi orang yang special di hati kita semua, memang rasanya semua orang mesti ada. Akan tetapi, seberapa kerap antara kita semua yang rajin cakap ‘I Love You’ pada orang yang kita sayang? Ini lebih kepada keluarga, kawan, cikgu lah sebab kalau korang punya boyfriend or girlfriend itu, confirm korang selalu cakap kan? Okay, tak nak cerita banyak dan jom kita baca apa alasan kenapa tak ramai orang berani ucap ‘I Love You’ dalam rutin harian mereka kepada orang yang mereka sayang.

MALU-MALU

via GIPHY

Malu-malu adalah salah satu punca kenapa budaya kita kebanyakan tidak berani nak cakap I love you pada seseorang, setuju tak? Nak cakap “sayang kau!” pun masih ada yang okay saja nak cakap tapi akhirnya korang akan cakap “eee! Gelilah sweet-sweet ni!”, padahal dalam hati memang korang maksudkan pun. Hehe! 

TIDAK TERBIASA

via GIPHY

Memang tak dapat dinafikan, sebab kita tak terbiasa dengan hal cakap secara terus pun boleh jadi juga. Macam kita tahu, tak ramai antara kita yang anggap ucapan I love you itu ucapan yang wajar diucapkan setiap hari sebab ia adalah makna yang sangat special tapi sebenarnya korang boleh saja nak ucapkan pada bila-bila masa sebab mungkin ia akan membantu orang untuk lebih bersemangat! 

ACTION MORE THAN WORDS

via GIPHY

Ini pun satu hal juga, mungkin disebabkan tidak biasa atau malu-malu. Jadi lebih ramai yang memilih untuk tunjukkan secara indirect, contohnya belikan makanan, selalu tolong dalam mata pelajaran, kalau nampak korang kurang sihat terus belikan ubat ke, atau nampak korang penat terus belikan air ke dan sebenarnya banyak lagi hal yang mereka tunjukkan melalui kelakuan mereka terhadap seseorang yang mereka sayang daripada cakap terus I love you. Haha! Comel saja orang macam ini.

TAKUT AWKWARD

via GIPHY

Selain dari itu, risau dengan keadaan yang akan terjadi seterusnya seperti awkward atau nanti hubungan korang dengan mereka nampak agak jarak. Padahal tidak ada apa-apa pun dan kalau korang selalu berkomunikasi dengan lebih baik, mungkin nak cakap sayang pada kawan, keluarga dan orang sekeliling korang ini tak akan ada jadi masalah pun pada korang. Hehe! 

Ala, sebenarnya korang tak perlukan saat romantik atau saat yang khusus waktu sedih, marah atau lain-lain pun untuk ucap ‘I Love You’ itu. Korang boleh saja praktikkan ucap tiga patah perkataan itu dalam perbualan seperti “Weh thank you tau! I love you!”, atau kalau sesiapa tolong korang, “Aww, so sweet! Love you lah!” dan sebenarnya ada banyak lagi cara untuk korang beritahu orang yang korang sayang yang korang memang sayang mereka. Mungkin bagi beberapa orang cara ini agak nampak brutal dan kasar tapi #YTJT kan? Hehe!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Keistimewaan Bulan Rejab Untuk Ganti Puasa

Lagu Anime Legend Korang Kena Tahu!