in ,

Kenapa Lagu Baru Andi Bernadee Makin Seksi?

Sumber gambar: Warner Music Malaysia Youtube

Mengapa kau bersendiri…Tanpa siapa yang di sisi…Siapa lah yang sampai hati…Biar aku jadi teman kamu malam ini…

Woah! Ha gitu! Korang dah dengar ke lagu baru Andi Bernadee yang berjudul Shimmy itu? Eh, bukan shimmy shimmy yay, shimmy yay, shimmy ya, swalla-la-la lagu Jason Derulo itu. Itu seksi sangat! Eh tapi lagu baru Andi ini pun apa kurangnya juga kan? Memang seksi habis dan memang best. Ada ke lagu Andi Bernadee yang tak lekat dalam kepala kita yang netizen Malaysia ini? 

Sumber gambar: Warner Music Malaysia

Kalau korang dah tonton muzik video baru Shimmy Andi Bernadee ini, mesti korang perasan kan konsep Andi kali ini memang nampak seram tapi seksi tapi hot tapi wow! Eh! Haha! Untuk pengetahuan korang semua, Shimmy adalah lagu kelima Andi Bernadee yang mana dia bekerjasama dengan rapper dan penerbit Alif komposer, penulis lirik dan penerbit bagi rakaman lagu  ini. Lagu dengan rentak muzik latin yang berusurkan pop reggaeton dalam susunan muziknya, sesuai dengan judul lagu ini sendiri yang membawa maksud bergoyang. Hmm! Patutlah bila kita dengar lagu Shimmy ini, badan kita bergoyang sendiri kan? Hehe

Sumber gambar: Warner Music Malaysia

Memang tak dapat dinafikan, sebelum muzik video Shimmy keluar pun, gambar Andi Bernadee bermata merah dengan bibir berlinang darah persis watak vampire memang menarik perhatian ramai orang. Siap ada video tayangan perdana untuk Andidears yang bertuah tau! Memang best betul comeback Andi Bernadee kali ini. Walaupun ada juga mulut yang mengata yang video ini tidak sesuai untuk tontonan umum tapi bagi Zoe video itu tidaklah terlalu melampau sampai ada babak yang tak patut kan? 

Sumber gambar: Warner Music Malaysia

Kalau korang tengok pun video Andi Bernadee yang sebelum ini pun memang ada vibe-vibe yang seksi, misteri, psiko, darah dan sebagainya. Andi Bernadee ini memang suka darah ke apa kan? Hehe! Tapi okay lah, sekurangnya muzik Andi ada gaya dia tersendiri. Kalau kita tengok penyanyi lain di Malaysia ini tak ramai pun yang bawakan muzik berentak pop reggaeton kan? Nampak lah di sini, memang Andi Bernadee punya muzik memang lain daripada yang lain kan? 

Sumber gambar: Warner Music Malaysia

Jadi untuk korang yang tak tengok lagi muzik video Andi Bernadee Shimmy, korang tengoklah cepat okay! Sebab dia baru saja keluar pada 21 Februari lepas. Jaga-jaga! Jangan sampai badan korang bergoyang sendiri ya! Haha! 

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments