in ,

Kenapa Kita Lebih Rapat Dengan Ayah

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=BfsYBSqP-w8

Siapa antara #Lunagirls kat sini yang rapat dengan ayah dia? Yay! Samalah kita! Zoe pun rapat dengan ayah Zoe, HeheKebanyakannya kita nampak anak perempuan ini lebih rapat dengan bapa kan? Dan anak lelaki selalunya lebih rapat dengan ibu. Biasanya kalau macam ini, ia akan lebih mudah membentuk satu emosi yang bantu proses emosi dan kreativiti korang tau. Kali ini Zoe akan kongsi apa alasan yang membuatkan ramai anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya!

KURANG MEMBEBEL

Sumber gambar:

Biasanya anak perempuan ini sukakan ketenangan walaupun dia kuat membebel dalam beberapa perkara. Oleh sebab itu kebanyakan anak perempuan dia lebih suka lepak dengan ayahnya sebab mereka kurang membebel kalau kita buat hal tapi itu bukan bermakna bapa korang tak kisah langsung dengan korang, mesti dia akan nasihat korang juga kan?

PALING TENANG

via GIPHY

Bapa adalah manusia paling bertenang kalau ada apa-apa hal yang terjadi. Kalau kita kena marah dengan mak, dia adalah manusia yang dengan slumber-nya suruh mak kita diam, berhenti marah kita dan akan back up kita. Benda macam inilah baru saling melengkapi.

LEBIH MEMAHAMI

Sumber gambar:

Memang kedua ibu dan bapa kita sangat memahami diri kita secara peribadi tapi kalau dengan bapa, mereka lebih memahami anak perempuannya dan lebih sensitif terhadap emosi anaknya. Sebab itu, kalau Zoe nak apa-apa, Zoe akan tanya bapak dulu sebab lagi senang. Hehe!

BANYAK BELAJAR

via GIPHY

Anak perempuan yang rapat dengan bapa sangatlah pandai dalam pelbagai benda dan bila dah dewasa nanti dia akan jadi lebih berdikari dan sedikit sebanyak perangai chill ayah dia akan melekat pada diri. Selain itu, mereka juga lebih kreatif dan tahu banyak benda seperti repair kereta, repair lampu dan paip rumah dan banyak lagi. Ini kerana bila dah selalu ikut ayah dia kemana sahaja, jadi kerja-kerja yang bapa dorang buat pun dorang belajar dan tahu.

Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud anak perempuan ini tak rapat langsung dengan ibu mereka. Mungkin ada di antara #Lunagirls memang rapat dengan dua-dua, mungkin juga ada yang rapat dengan mak korang juga. Jadi ia depends dengan diri masing-masing sebab walu apa pun yang terjadi kita tetap wajib hormat dan sayang kedua mak ayah kita sampai bila-bila. Betul tak?

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

WhatsApp Update Baru, No More ‘Curi’ Gambar Crush!

Giliran Facebook Pula Sorok Jumlah Likes👍 👎