in ,

Kenapa Kawan Lelaki Selalu Cari Gaduh?

Sumber gambar: https://decider.com/2019/05/06/abyss-netflix-stream-it-or-skip-it/

Ish! Kenapalah Adam ni… asyik-asyik nak cari gaduh tak faham betul!

Ha! Korang pernah ada kawan lelaki yang suka cari gaduh? Ada saja idea dan benda yang mereka nak ajak kita berperang mulut ke atau gaduh benda lain yang kadang-kadang benda itu isu leceh.. Selalunya dengan kawan perempuan kuat merajuk, tapi kawan lelaki pula suka cari gaduh.. Zoe faham sangat!  Kalau #Lunagrils nak tahu, ini antara alasan kenapa kawan lelaki sengaja cari gaduh dengan kita.

NAK PERHATIAN

Sumber gambar:

Kadang-kadang mungkin geng lelaki kawan lelaki awak itu tak nak layan dia, itu sebablah dia kacau awak pula. Attention! Dia perlukan perhatian! Situasi ini sangat biasa.. Tapi kalau ada yang tiba-tiba bercakap kasar-kasar dengan awak, korang direct tanya dia. Mungkin dia ada masalah lain selain dengan squad lelaki dia? Ada setengah orang tak reti nak luahkan perasan, jadi dia pilih untuk lepaskan frustration dia dekat orang sekeliling!

MENGUJI

via GIPHY

Ini memang menyakitkan hati bukan? Mungkin ada kawan yang saja nak uji nak tengok kita tahan ke tidak dengan perangai dia. Biasanya kalau alasan saja nak uji ada lagi satu maksud tau girls.. Kalau lelaki tu dah lama jadi best friend korang, mungkin dia sengaja uji sebelum ajak jadi girlfriend dia? Ehh! 

PENGAJARAN

Sumber gambar:

Mungkin sebelum ini kita jadikan kawan lelaki kita tempat lepas geram, jadi best friend lelaki sengaja cari gaduh untuk jadikan ia pengajaran buat kita! Cuba korang ingat dan kira balik, dalam seminggu berapa kerap best friend lelaki jadi ‘punching bag‘ korang? Apa kata kita hargai mereka pula, korang boleh tolong best friend lelaki mengurat girl yang dia suka!

RINDU

via GIPHY

Hmm, sebab itu saja cara yang dia mampu nak lepaskan rindu, nak jujur malu-malu kucing tak nak mengaku. Bila tak jumpa dalam masa yang lama, tahu pulak nak text kita buat-buat tanya soalan yang merapu dan entah apa-apa. Biasalah tu, bak kata orang dalam hati ada taman gitu!

Jadi, lepas ini kalau kawan lelaki korang cari gaduh lagi, korang sabar sajalah ya. Tapi jangan sampai putus kawan sebab putus kawan itu lebih pedih dari putus cinta. Haha! Ingat juga, orang kata jangan kerap bergaduh nanti lama-lama kahwin baru tahu. Opss!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Ada Parasosial Relationship Dengan Favourite Artis?

Life Hacks: No More Boring IG Story