in ,

Kenapa Iphone Stuck Dekat Logo Apple Ni!

Sumber Gambar: https://www.techlug.com

Siapa pengguna iPhone dekat sini? Korang pernah ada masalah iPhone stuck dekat logo apple. tak? Mesti freak out kan time tu.. kelam kabut tanya kawan-kawan macam nak hantar kedai mana! Tapi sebenarnya tak payah girls, daripada korang kena bayar RM30 dekat orang kedai tu, korang selesaikan je situasi ni dekat rumah tau! Kalau terjadi lagi lepas ni, ini antara langkah-langkah yang #Lunagirls kena ikut!

WiFi DAN LAPTOP

via GIPHY

Kenapa kena ada WiFi dan Internet? Sebab #Lunagirls kena log in iTunes untuk break the problem! Selepas ni, jangan lupa downlaod iTunes awal-awal dalam laptop okay! Apa-apa laptop pun boleh, asalkan korang download iTunes daripada sumber yang dipercayai.. Dan yang penting, jangan pula lupa password iTunes korang tu!

SAMBUNGKAN CABLE

Sumber Gambar: https://www.easyacc.com

Selepas itu, korang sambungkan cable USB phone ke laptop! Kalau tak connect dua ni, macam mana iTunes nak kesan phone nanti..  Hihi! #Lunagirls kena tunggu beberapa minit untuk iTunes ‘baca’ phone tu okay?

TEKAN BUTTON

Sumber Gambar: https://macpoin.com

Selepas iTunes dan iPhone connected, #Lunagirls tekan home button serentak dengan power button! Once dah nampak logo Apple keluar,  lepaskan power button, dan jangan lepas home button tu okay! Korang kena tunggu sampai iTunes logo keluar, baru stop tekan home button!

TENGOK LAPTOP

Sumber Gambar: https://www.remaja.my

Lepas tu, dekat laptop korang mesti akan keluar ayat seperti gambar di atas.. Jadi apa yang perlu #Lunagirls perlu buat adalah click buttonRestored”! Dia akan terus proses untuk korang! Kalau tak boleh, juga mungkin ada problem dengan motherboard korang.. Alamak! Kalau situasi ni terjadi, baru hantar pergi kedai tau girls!

BERJAYA!

via GIPHY

Kalau tak ada sebarang error, iTunes korang akan berjalan macam biasa! Yay! Korang tunggu je 20 ke 30 minit dan lepas tu dah boleh guna iPhone tu macam biasa! Boleh sambung update social media and post selfie banyak banyak..

Alhamdulillah! Selamat iPhone dapat berfungsi balik! Kalau kena hantar kedai, betulkan itu ini selamat terbang duit kita! Haha! Selepas ni girls, jangan panik dan ingat untuk ikut langkah-langkah yang Ummi kongsikan ni okay? Selamat mencuba!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fan Club Artis #BBNU! Korang Dah Follow?

Pergi Concert BLACKPINK? Untung Laa…