in ,

Kenapa Girls Dan Coklat Boleh Jadi BFF?

Sumber gambar: etsy.com/listing/617771254/fat-unicorn-eating-chocolate-donuts

via GIPHY

Sedapnya coklat! #Lunagirls suka makan coklat? Kita geng! Hihi! Coklat sangat sinonim dengan girls. Korang perasan tak, kalau terasa nak makan snack mesti coklat yang kita cari dulu kan? Jom kita tengok kenapa coklat merupakan salah satu best friend kita~~

MAKANAN FAVORITE WAKTU PERIOD

via GIPHY

Yass! Lagi-lagi time period memang coklat lah yang kita cari dulu kan? Haha! #Lunagirls nak tahu sebab apa? Kajian daripada Pakar Nutrisi, Dr Susan Mitchell,  rasa teringin memakan coklat ada dikaitkan dengan perubahan hormon wanita yang berlaku terutamanya semasa period!  Haa masa ni, badan kita memerlukan lebih Magnesium dan ia merupakan salah satu bahan untuk membuat coklat! Magnesium membantu untuk mengurang rasa cramp perut!

PEREMPUAN MANIS SEPERTI COKLAT

via GIPHY

#Lunagirls biasa tengok tak macam mana gaya hiasan atau bungkusan coklat dekat kedai. Selalu mesti nampak cute je! So kalau cute sesuai untuk siapa? Mestilah untuk girls! Lagi pun, kebanyakkan girls kan suka benda yang sweet.. Because we girls sweet like that! Hihi!

COKLAT MENGURANGKAN STRESS

via GIPHY

Kandungan dopamine dan endorphin dalam coklat mampu mengurangkan stress! So setiap gigitan coklat akan menaikkan kembali mood korang! Hihi! Dan sebab tu coklat akan membuat #Lunagirls rasa ‘seronok’ setiap kali makan coklat!

SEKALI MAKAN, NAK LAGI, NAK LAGI!

via GIPHY

Lagi satu fakta menarik tentang coklat, ia mengandungi bahan kimia, alkaloid! Bahan ini akan membuatkan kita ‘ketagih’ setiap kali makan coklat! So sebab tu #Lunagirls rasa nak lagi! Hehe! Tapi jangan pula makan coklat tak henti tau!

COKLAT TAK PERNAH MENGECEWAKAN

via GIPHY

Walaupun #Lunagirls makan coklat waktu stress atau happy sekali pun, rasa coklat tetap sama dan ia takkan buat kita rasa bosan! Lagi syok kalau crush bagi coklat dekat korang! Aihhh bertambah sedap rasa coklat tu kan! Haha!

Kalau LUNARIA nak buat chocolate party #Lunagirls nak join tak? Korang nantikan okay! Untuk #Lunagirls yang bukan chocolate lover, it’s okay! Korang pun boleh join jugak, kita tetap 1 squad! Hihi!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Finally It’s Weekend! Jom Cuba Aktiviti Ni!

Apps Paling IN 2018, Korang Ada Tak?