in ,

Kenapa ‘Fans War” Boleh Wujud?

#Lunagirls pernah dengar tak tentang fans war? Tahu tak apa itu fans war? Fans war adalah pergaduhan antara dua kumpalan peminat yang berbeza. Contohnya ARMY bergaduh dengan BLINK sebab nak mempertahankan idola mereka masing-masing. Dan sekarang, korang perasan ramai fans yang saling berbalah di media sosial kutuk artis kegemaran orang lain sebab nak pertahankan artis yang mereka sukai.

Sebenarnya, fans war sudah lama wujud lagi. Dari zaman abang kakak kita sewaktu mereka tengok Hannah Montana, That’s So Raven, Wizards of Waverly Place dan lain-lain. Perkara ini pun bukan sahaja berlaku dalam industri dunia hiburan, tapi dalam dunia sukan pun kerap terjadi. Disebabkan terlalu menyanjungi idola kegemaran masing-masing, ada yang sampai sanggup berbalah dengan kawan dan keluarga sendiri ya. Ish ish ish! Korang ada yang macam ini tak? 

Sumber gambar:

Secara khususnya, fans war memang bertujuan untuk membela idola sendiri. Sayangnya, cara masing-masing mungkin ada yang salah. Fans war biasanya bermula ketika ada bad-mouth atau rumor tentang idola atau adanya skandal yang terjadi kepada idola yang kemudian trigger orang lain untuk beri komen yang terlalu terbuka. Jadi, bila seorang mula, yang lain pun akan mula dan bila benda itu jadi besar terus kecoh. Hmm, padahal idola korang itu duduk rumah relax saja, entah-entah siap gelak dan ignore tentang isu yang korang sibuk bahaskan.

Sumber gambar:

Memang tak dapat dinafikan, sebagai peminat, artis dan idola itu adalah role model yang terbaik untuk diri kita dan memang tak salah kalau kita anggap hal negatif yang orang lain kutuk tentang idola itu terpalit sekali dengan kita. Ini sebab ia ibarat mereka merendahkan diri kita sekali. Untuk redakan emosi fans war ini sebenarnya ada kunci dan ia adalah berfikiran rasional.

Sumber gambar:

Lebih baik kalau korang minat secara sihat dan sentiasa beri sokongan kepada semua idola masing-masing dan selain itu korang boleh buat kawan baru. Daripada awak semua bergaduh dan bertengkar tentang perkara yang tak beri sebarang faedah lebih baik korang menghormati pilihan sesama sendiri. Bukankah ia lebih baik begitu? Iyalah, mana tahu sebenarnya idola korang itu dekat belakang tabir mereka sebenarnya best friend forever dengan idola kawan korang yang mulakan fans war tadi? 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Most fanwar caused from rude fan…so..if diorg kecam ii celebrity kita…jangan layan..just report..takyah kecam ii tu akan memalukan fandom sendiri and celebrity yang kita minat tu…so takyah nak kecam balik rude fan tu

    :3

    – @lianayeeeeeeah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Terima Banyak Kecaman, Sulli Bunuh Diri 😱 😭

Si Cyber Bully Sebenarnya Attention Seeker!